HARGA MENJUNAM!!!

APA YANG SAYA NAK OFFER???
***5 SET BASIC BREASTFEEDING (ALFALFA + ESP)
***7 SET CANTIK BASIC (SR VITA C + ESP)
SIAPA NAK UNTUNG BERGANDA WHATSAPP SAYA 0174550656 (JUSLIANA)
***WHILE STOCK LAST!!!
ini adalah offer peribadi saya, tiada kena mengena dgn pihak ke3...

Monday 19 May 2014

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET

[FAKTA ADVANCED JOINT HEALTH TABLET]
Apakah Shaklee AJHT?
Shaklee AJHT adalah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.
Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee AJHT?
Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yang mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga bleh memanfaatkannya.
Apakah ekstrak jagung?
Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glukosamina yang merupakan gul amino dan merupaka blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendondan ligamen. Ekstrak jagungmembantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.
Apakah Boswellia?
Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) ang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee AJHT istimewa?
Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee AJHT bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkait rapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding daripada AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaan sendi ang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.
Bolehkah saya mengambil Shaklee AJHT dan OsteMatrix pada masa yang sama?
Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua produk yang menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee AJHT.
Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee AJHT?
Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.
Mengapa ia bebas daripada kondroitin?
Shaklee AJHT tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik bila diambil secara oral (ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat kondroitin juga boleh menganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan baik jika diambil secara berasingan.



Mengapa produk tersebut mengandungi vitamin C?
Shaklee AJHT menyumbang Nilai Harian 100% vitamin C, kerana ia merupakan nutrien penting yang diperlukan bag sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.
Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, tembaga dan mangan?
Shaklee AJHT menyumbang Nilai Harian 10% mineral surih zink, tembaga dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzimyang membina kolagen dan glikosamioglikan.
Adakah Shaklee AJHT berasaskan sayur-sayuran?
Ya.
[Sumber: Shaklee AJHT Brochure]

Untuk maklumat lanjut, hubungi pengedar anda:
JUSLIANA JAAFAR | SMS/ WHATSAPP 017-4550656  

cergascantikceria.blogspot.com | fb.com/HealthThoughts

Saturday 3 May 2014

Mengidam Semasa Hamil

Tajuk ni sangat menarik perhatian saya....

“Mengidam” adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil atau mengandung. Mengidam boleh diterjemahkan sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung. Ada yang mengejutkan, bukan hanya makanan yang diidamkan tetapi juga bahan bukan makanan seperti kapur dan kepingan cat atau tanah. Mengidam makanan yang manis dan masin serta berempah atau yang tinggi kandungan lemak, merupakan subjek yang paling popular. Mengidam dialami mengikut waktu atau dalam tempoh kehamilan yang berbeza di antara seseorang wanita. Terdapat juga keadaan di mana seseorang wanita mengandung memilih untuk makan sesuatu yang sememangnya tidak akan dimakan pada hari-hari biasa jika tidak mengandung. Begitu pun, mengidam semasa mengandung tidak berlaku kepada semua wanita hamil.

Mengidam semasa hamil.. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, kali ni adalah pengalaman mengandung kali ke4. Tapi pengalaman pertama tak kekal lama sebab kandungan saya tak berjaya. Alhamdulillah saya tak mengalami alahan yang teruk dan tak jugak mengalami perasaan mengidam yang keterlaluan. Cuma kadang2 teringin nak makan sesuatu yang spesifik sahaja. Takdelah sampai mengidam makanan/ minuman yang susah nak jumpa, takpun contohnya mengidam nak makan otak2 kempas kat johor bahru... dok di loq staq, nak makan yg dok kat JB nun, camno tu haaa.... kalau ada yang terkena tu, sabar aje la yer.....
Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang mengidam ni, jom kita baca artikel ni sampai habis...
Penyebab Berlakunya Mengidam Semasa Hamil
Sebenarnya, penyebab berlakunya mengidam atau penolakan sesuatu jenis makanan semasa mengandung masih tidak diketahui. Terdapat pelbagai faktor yang dikaitkan sebagai punca berlakunya mengidam. Menurut Siobhan Dolan, ada yang berpendapat mengidam atau penolakan semasa kehamilan sebenarnya merupakan satu faktor perlindungan, walaupun tiada data saintifik yang mencukupi untuk menyokong teori ini.
Perkara seperti peningkatan keperluan kalori serta zat makanan (nutrien) semasa kehamilan dan keperluan untuk pertumbuhan atau pembentukan janin merupakan alasan mengapa keadaan ini berlaku. Walau bagaimanapun, ada sesetengah saintis atau penyelidik menyatakan perubahan hormon semasa mengandung turut memberi kesan kepada deria bau. Ini secara tidak langsung memberi kesan dalam pemilihan dan pengambilan makanan.
Mengidam sesuatu jenis makanan semasa mengandung turut dikaitkan sebagai petanda berlakunya kekurangan zat makanan atau nutrien. Sebagai contoh, seseorang wanita hamil yang mengidam susu atau produk tenusu seperti keju menunjukkan kekurangan kalsium. Manakala mengidam makanan manis seperti coklat menandakan peningkatan keperluan kalori atau kekurangan vitamin B.
Adakah Mengidam Membahayakan?
Mengidam sesuatu makanan dan memakan makanan tersebut secara berlebihan dan tiada kepelbagaian (monotonous diet – makan satu makanan sahaja) adalah tidak baik dan boleh menjejaskan kesihatan wanita mengandung serta kandungannya. Walau bagaimanapun, mengidam bukanlah suatu kesalahan dan tidak membahayakan jika dapat mengawalnya. Walau sekuat mana anda mengidam sesuatu makanan, pastikan anda berfikiran waras. Fikirkan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.

Senarai di bawah merupakan makanan yang perlu diambil perhatian dan elakkan memakannya semasa anda hamil:
  • Makanan laut termasuk ikan, telur dan produk hasil daging/ayam yang mentah atau tidak dimasak secara sempurna
  • Susu dan produk tenusu seperti keju yang tidak dipasteur (unpasteurised milk)
  • Alkohol
  • Sayuran berakar yang tidak dibasuh bersih
Apakah Yang Perlu Dilakukan Jika Mengidam Semasa Hamil?
Sekali lagi dinyatakan, adalah tidak salah untuk anda mengidam semasa mengandung dan pada masa yang sama, masih dapat membekalkan segala nutrien yang diperlukan oleh anda dan bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak mengambil makanan tersebut secara berlebihan. Sebagai contoh, sekiranya anda mengidam untuk makan coklat, pastikan anda hanya makan 1 kepingan atau potongan kecil sahaja dan bukannya keseluruhan kepingan coklat. Pengambilan makanan yang tinggi kalori terutamanya yang tinggi kandungan gula dan lemak atau minyak boleh menyebabkan peningkatan berat badan yang berlebihan secara mendadak. Pertambahan berat badan yang berlebihan akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes semasa mengandung dan masalah tekanan darah tinggi.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda lakukan sekiranya anda mengidam sesuatu jenis makanan:
  • Makan makanan yang seimbang dan pilih makanan yang kurang lemak serta tinggi serat seperti produk bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran serta kekacang. Sekiranya anda makan secara sihat setiap hari, sesekali anda mengidam makanan yang kurang berkhasiat dan diambil dalam jumlah yang sedikit tidak menjejaskan keperluan zat yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.
  • Makan secara kerap dan boleh makan enam kali dalam sehari dalam jumlah yang sedikit tetapi mengenyangkan. Ini bagi membantu mengelakkan penurunan paras gula dalam darah sehingga sukar untuk  mengawal keinginan untuk makan.
  • Alihkan perhatian dengan keluar berjalan, bersembang, membaca atau menjauhi dapur anda atau kedai.
  • Beri tumpuan kepada makanan yang rendah kandungan kalorinya. Sekiranya ingin makan ais krim, pilih ais krim yang diperbuat daripada yogurt rendah lemak yang disejuk beku atau sorbet.
  • Sekiranya mengidam untuk makan kerepek kentang (bergoreng), pilih yang dibakar atau dipanggang dan kurang garam.
Walau apa pun makanan yang anda inginkan atau mengidam, yang penting ia diambil secara sederhana.
Mengidam Bahan Bukan Makanan (Pica)
Jurnal Persatuan Dietetik America menyatakan, mengidam bahan bukan makanan atau dipanggil "Pica", seperti debu, tanah, sabun, biji kopi, ubat gigi, produk cucian dan tepung jagung, berkaitan dengan kekurangan sesetengah jenis vitamin seperti zat besi. Ia dikaitkan sebagai tindak balas badan untuk memenuhi keperluan vitamin dan mineral yang tidak terdapat dalam makanan yang diambil oleh wanita tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat keadaan di mana mengidam bahan bukan makanan yang dikaitkan dengan masalah kesihatan mental.
Apakah Yang Perlu Anda Lakukan Sekiranya Anda Mengidam Bahan Bukan Makanan?
Bertenang. Perlu diketahui bahawa bukan anda seorang sahaja yang menghadapi perkara ini. Pastikan anda memaklumkan kepada doktor atau pegawai perubatan yang merawat anda. Selain itu, ambil maklum tentang status hemoglobin (Hb) anda. Cuba kunyah chewing gum tanpa gula bagi mengalih tumpuan anda mengidam kepada bahan bukan makanan dan maklumkan kepada suami dan rakan anda supaya mereka sentiasa membantu mengingatkan anda agar tidak makan bahan tersebut.
Rujukan:
Coronios – Vargas M, Toma RB, Tuveson RV, Schutz M, Cultural influences on food craving and aversions during pregnancy. Ecol Food Nutr 1991; 27:47-9.
Elizabeth M. Ward. Coping with pregnancy food cravings. Do food cravings threaten to derail good nutrition during your pregnancy? Here’s how to stay on track.http://healthcastle.com 
Siobhn Dolan, MD, March of Dimes Birth Defects Foundation and Assistant Professor of Obstetrics and Gynecology and Women’s Health, Albert Einstein College of Medicine in New York.
Susan Brody. Pregnancy Craving. What’s causing your cravings and what’s safe to eat?.http://www.parents.com 
Tierson D, Olson L, Hook B. Influnce of craving and aversions on diet in pregnancy. Ecol Food Nutr 1985; 17:117-29.
Tsegaye Demissie NM, Muroki, and Wambui Kogi-Makau. Food aversions and cravings during pregnancy: Precalence and significance for maternal nutrition in Ethiopia, 1995,http://unu.edu 
Artikel ini dipetik dari website kementerian kesihatan Malaysia