HARGA MENJUNAM!!!

APA YANG SAYA NAK OFFER???
***5 SET BASIC BREASTFEEDING (ALFALFA + ESP)
***7 SET CANTIK BASIC (SR VITA C + ESP)
SIAPA NAK UNTUNG BERGANDA WHATSAPP SAYA 0174550656 (JUSLIANA)
***WHILE STOCK LAST!!!
ini adalah offer peribadi saya, tiada kena mengena dgn pihak ke3...

Wednesday 26 November 2014

Syoknye minum Kafein!!!!

Assalamualaikum wbt... dah agak lama menyepi... tak mencoret kat sini... tiba2 hari ni rasa terpanggil nak 'share' dgn sahabat semua...

Di pejabat, saya ada sorang kawan yang sangat gemar minum Nes**fe... 3 in 1 ke, ready dalam tin ke... semua nya dia minum.. setiap hari... saya pernah terbaca tentang keburukannya bila badan kita ni terlebih kafein... tapi lupa sumber nya di mana. jadi hari ni saya gugel aje dan jumpalah info ni dalam buletin USM... tu yang ada semangat nak share kat sini... harapnya dapatlah bagi manfaat untuk sahabat semua... sahabat ofis saya? jangan risau, saya dahpun nasihatkan beliau tentang kesan pengambilan kafein yang berlebihan... saya pun ada jugak minum minuman berkafein...

Perasan tak? Bila kita rasa macam kurang tenaga untuik berjaga dan buat kerja-kerja rumah, kita lebih cenderung untuk minum minuman berkafein tak kiralah jenama apa dan jenis kafein yang macam mana... Elok2 lepas amik je minuman tu kita akan jadi lebih bersemangat dan cergas.. KENAPA???

Tahukah anda bahan kimia apakah yang terkandung dalam kopi? Umumnya telah mengetahui tentang kafein.

Kafein adalah sejenis dadah yang terhasil secara semulajadi dalam daun dan biji beberapa jenis tumbuh tumbuhan. kafein juga dihasilkan secara tiruan dan digunakan sebagai bahan penambah atau perisa di dalam sesetengah makanan.

Kafein dikenali juga di kenali dengan nama kimianya trimetilksantina dalam keluarga metilksantina. Bahan ini berbentuk serbuk berwarna putih dan sedikit rasa pahit.  Bahan kimia lain yang terdapat dalam kumpulan ini adalah teofilin terdapat dalam daun teh dan teobromin yang didapati dalam biji koko.

Kafein boleh ditemui dalam biji kopi (Coffea Arabica) , daun teh (Theasinensis)  dan biji koko (Theobrama cacao). Kafein juga boleh didapati dalam lebih 60 jenis tumbuh-tumbuhan lain. Antaranya pokok guarana (Paullinia cupana) yang terdapat di Amazon. Kafein sering digunakan terutamanya dalam minuman ringan. Kebanyakan remaja sekarang begitu gemar mengambil minuman berkarbonat kola yang bukan sahaja mengandungi kafein tetapi juga kandungan gula yang tinggi. kafein juga digunakan dalam sesetengah ubat untuk merawat beberapa jenis penyakit. Antaranya untuk merawat sakit kepala, migrain, penyakit jantung dan mengendurkan saluran pernafasan dalam rawatan penyakit asma. 




Kesan Pengambilan Kafein 

Kesan pengambilan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil dan berbeza bagi setiap individu yang mengambilnya. Secara purata semakin kecil saiz atau pun berat badan seseorang itu, semakin kurang kafein yang diperlukan untuk menghasilkan kesannya. Tetapi, banyak kesan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil. Pengemar kopi selalunya memerlukan pengambilan yang tinggi untuk mencapai tahap kenikmatannya. Ini bermakna lebih banyak kafein yang diambil setiap hari maka lebih banyak yang diperlukan untuk mencapai tahap kenikmatannya.

Kafein akan memasuki sistem tubuh setelah beberapa jam mengambilnya kemudian akan keluar menerusi urin. Kafein memberikan kesan berterusan ke atas tubuh kita selagi masih berada dalam darah. Jangka masa yang diperlukan oleh tubuh untuk menyahkan separuh daripada jumlah kafein yang diambil adalah dari beberapa jam hingga ke beberapa hari. Secara puratanya bagi orang dewasa, kesannya boleh dirasai selama lima hingga tujuh jam. Terdapat beberapa faktor yang melambat jangka hayat kafein dalam tubuh kita, antaranya seseorang yang mengambil ubat-ubatan, menghidap penyakit hati dan wanita mengandung.

Oleh itu, bagi wanita mengandung pengambilan kafein hendaklah dikurangkan atau dihentikan sama sekali  kerana kafein akan meningkatkan risiko keguguran dan ketidaksuburan. Ada juga bukti yang menunjukkan kafein boleh mengakibatkan kecacatan bayi sewaktu dilahirkan.

Kafein boleh menyebabkan pesakit yang mengalami masalah jantung dan kegagalan saraf menjadi lebih teruk, dan kebanyakan pengguna tidak sedar keadaan ini boleh berlaku ke atas mereka.

Kajian telah menunjukkan bahawa kafein memberi kesan seperti penggunaan dadah perangsang yang lain. Kafein cenderung untuk merangsang otak dan sistem saraf pusat kemudiannya bertindak ke atas jantung, pembuluh darah dan buah pinggang. Salah satu simtom yang biasa dihadapi oleh pengguna ialah dehidrasi (pengeluaran air terlalu banyak daripada badan menyebabkan badan kekurangan air). Walaupun anda menganggap dengan meminum air berkafein yang banyak badan dapat mengekalkan kandungan air tersebut tetapi kafein akan bertindak sebaliknya ke atas badan. Di sini kafein bertindak mempercepatkan penghadaman dan merangsang pengeluaran air kencing yang banyak.

Dalam situasi begini adalah penting kepada remaja yang aktif bersukan dan gemar mengambil minuman berkafein agar meminum air yang tidak berkafein secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi. Dengan pengambilan kafein juga akan menyebabkan badan kehilangan kalsium serta potassium dan ini akan menyebabkan kesakitan otot dan melambatkan masa untuk rehat selepas menjalani senaman. Bagi wanita dalam peringkat menopaus  yang gemar mangambil minuman berkafein akan mempercepatkan lagi proses osteoporosis disebabkan kehilangan bahan-bahan mineral tersebut.

Walaupun kesan kafein berbeza di antara seorang pengguna dengan pengguna yang lain, pengamal perubatan menasihatkan agar mengambil tidak lebih dari 100 mg  kafein sehari, yakni lebih kurang satu cawan kopi sehari. Namun terdapat pelbagai saranan yang diutarakan oleh pelbagai pihak mengenai pengambilan kafein yang unggul. Walau apa pun saranan yang diutarakan mengenai pengambilan kafein yang unggul dapatkan  nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya kita menghidap penyakit tertentu yang mungkin alah kepada kafein.

Pengambilan pada dos 250 hingga 750mg kafein (dua hingga tujuh cawan kopi) boleh menyebabkan seseorang itu mengalami situasi cemas, letih, tidak nyenyak tidur, sakit kepala dan sakit perut. Tetapi pengambilan kafein akan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan penumpuan terhadap tugas. Namun, tidur juga akan terganggu, berasa lebih tenang dan mengurangkan rasa lesu.

Jika kafein diambil lebih dari 750mg (tujuh cawan kopi) sehari akan menyebabkan sakit kepala, lekas marah, timbulnya rasa takut dan tidak dapat tidur (insomnia). Pengambilan dos yang tinggi juga akan menyebabkan kekejangan dan mungkin diikuti dengan maut.

Kesan jangka panjang 

Ulser - Kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsangkan penghasilan asid dan peptin di dalam perut. Sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak boleh mengakibatkan perut rasa tidak selesa. Seseorang yang mengalami masalah ulser dinasihatkan tidak mengambil kopi kerana akan menyebabkan ulser menjadi lebih teruk. Tetapi, bukan kafein sahaja yang mengakibatkan terjadinya ulser. Lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk membuktikan sama ada kopi berkafein dan kopi tanpa kafein boleh menyebabkan ulser. 

Masalah Jantung – Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kafein boleh menyebabkan denyutan jantung tak menentu (cardiac arrhythmia) kepada sesetengah orang. Biasanya penghidap sakit jantung dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein sama sekali. Walaupun demikian tiada bukti menunjukkan kafein adalah faktor penyebab sakit jantung.

Ketagih - Kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika individu berbabit berhenti dari meneruskan pengambilan kafein, ia akan mengalami simtom pengunduran (withdrawal symptoms) seperti sakit kepala. Simtom ini biasa dialami oleh penggemar kopi dan sakit kepala ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga lima hari atau ia akan sembuh semula dengan meminum kopi kembali atau mengambil ubat. Kebanyakan penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kafein akan mengalami rasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk bekerja, lesu, mengantuk dan sakit kepala. 

Bagi membuang tabiat ketagihan kafein bukannya mudah. Cara yang berkesan  adalah mengurangkan pengambilan setiap hari. Amalkan minum air kosong yang banyak serta jus buah-buahan dalam sajian harian anda.


Jenis Makanan & Minuman
Kandungan Kafein (mg)
Dos
Kopi Tapis/Saring
100 – 150
satu  cawan
Kopi Segera
50 – 70
satu  cawan
Teh
30 – 90
satu  cawan
Teh Uncang
65
satu  cawan
Kopi Nyah Kafein
1 – 6
satu  cawan
Minuman Kola
72
360g
Soda Oren Sunkist
42
360g
Minuman Coklat Panas
5
satu  cawan
Kek Coklat
20 – 30
satu  potong
Ubat-ubatan


Ubat Migrain
100 mg/dos

Analgesik
15 - 40 mg/dos

Batuk/Selsema
15 – 125 mg/dos

* maklumat diatas diperolehi dariwww.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/sun/1996/sun35.html 

Friday 21 November 2014

Penyusuan... Inilah adventure nya!!!

Assalamualaikum wbt... fuhh!!! Dah lama tak menulis kat sini.... entry ni pun sebenarnya nak ditulis masa akhir Oktober lepas, tapi baru hari ni berkesempatan... bz betul iols kannnn....

Anyway, tahniah mommies yang masih gigih berusaha melengkapkan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia sekurangnya 2 tahun!! Alhamdulillah, saya juga masih gigih berusaha untuk si kecil baby soleh Afiq, insyaallah...

Selain daripada kerap menyusukan secara direct, makan makanan yang berkhasiat, mommies juga perlu konsisten mengepam susu sekiranya mommies bekerja. Saya percaya mommies yang bekerja dari rumah lebih selesa untu 'direct feeding' kan... tujuan murni dan ikhlas kita as mommies pasti mendapat keredhaanNya, aminnn...

Mcm mana mommies dapatkan kelengkapan dan aksesori untuk bf yer? Nak share tak?


Nampak tak budak berdua tu tengah buat ape? Haaaaa.... apa lagi.... main susun tinggi-tinggi konon nak buat menara semua kotak breastpad dan milk storage bags...

Banyakkan.... bukan apa... nak jimat postage... ni pun saya share beli dgn kawan saya yang juga bf mom. dekat www.littlewhiz.com masa ni ada offer, 10 kotak milk storage bags hanyalah RM89.90. Jadi sangat berbaloi kalau beli masa offer ni, lagipun bags ni kita nak pakai banyak. littlewhiz jugak tawarkan FREE postage untuk setiap pembelian bernilai RM200 dan ke atas.. Breastpad pun ada offer 50%, so apa tunggu lagi... rembat lah sekali 6 kotak. Memang seronok membeli belah keperluan Bf kat sini, offer nya berbaloi-baloi...

So mommies, selamat menyusukan baby dengan jayanya... jaga kesihatan diri dan family... kesihatan diri dan keluarga tak ternilai dgn wang ringgit.


Thursday 20 November 2014

Sustained Release Vita-C™ Plus

Bekalan Vitamin C Serba Semula Jadi untuk Sepanjang Hari

Kod Produk:10104 (180 tablet)
Sustained Release Vita-C adalah pilihan paling tepat yang mampu bertindak sepanjang hari bagi membekalkan semula vitamin C yang hilang daripada tubuh disebabkan oleh aktiviti harian.
Sustained Release Vita-C 500mg dengan rumusan serba semula jadi ini memenuhi keperluan vitamin C tubuh, serta amat penting untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan seluruh tubuh secara amnya.*
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi Pengedar Anda | Jusliana 0174550656
COD Alor Setar, UUM, Seberang Jaya

ESP - Soy Protein Isolate Powder

Membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi daripada tumbuhan

Kod Produk:11003 (850g)
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.
Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.
Shaklee ESP:
  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi Pengedar Anda| Jusliana 0174550656
COD Alor Setar, UUM, Seberang Jaya

Alfalfa Complex

Sumber Nutrien & Klorofil Asli

Kod Produk:10159 (330 tablet), 10162 (700 tablet)
Alfalfa ialah tumbuhan yang padat dengan segala jenis nutrien. Akar tunjangnya tumbuh sedalam enam meter bagi menyerap pelbagai nutrien dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, manakala daunnya pula mengumpulkan tahap klorofil yang tinggi melalui proses fotosintesis semula jadi.
Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Alfalfa Complex merupakan salah satu Formula Unik Shaklee yang mula dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an.
  • Sumber alfalfa semula jadi
  • Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini. Jika anda hamil atau menyusukan anak, sila dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan profesional anda terlebih dahulu.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi Pengedar Anda | Jusliana 0174550656
COD Alor Setar, UUM, Seberang Jaya

Collagen Powder

APAKAH KOLAGEN?
Kolagen merupakan protin yang paling banyak terdapat di dalam badn manusia. Malah, ia menyumbang kepada kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda.

SEBAB DAN KESAN KEHILANGAN KOLAGEN
Semakin usia meningkat, kolagen di dalam badan semakin berkurangan. Pengurangan kolagen menyebabkan pembentukan kedutan dan munculnya tanda-tanda penuaan lain, seperti:

  • kulit berkedut, kering dan melayut
  • kuku rapuh dan tidak kukuh
  • rambut halus dan gugur
Kemerosotan semulajadi ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan. Pengambilan tetap makanan tambahan kolagen dapat menggantikan kolagen yang hilang dan memelihara kulit. Faedah-faedah makanan tambahan kolagen termasuk dapat menyegarkan semula kulit sihat, mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan, menguatkan kuku dan menyuburkan rambut.

Halangi tanda awal penuaan dengan memperlahankannya melalui pengambilan suplemen kolagen. Jika anda anda ingin mempunyai kehidupan yang hebat, rasa lebih muda, jagalah kesihatan dan berikan tubuh anda bekalan kolagen yang mencukupi.

TAHUKAH ANDA???
Kolagen membentuk 90% protin matriks tulang-tulang dan dua per tiga dewasa tulang rawan artikular. Oleh itu, kehilangan kolagen juga boleh menjejaskan kesihatan tulang-tulang dan sesendi anda.

Suplemen kolagen pilihan saya??
Semestinya SHAKLEE Collagen Powder yang mengandungi 7 Bahan Utama termasuk ekstrak biji benih CAMELLIA JAPONICA, ekstrak PFAFIA, kolagen IKAN, ekstrak kerang-kerangan, LACTOBACILLUS ACIDOPHILUS, Vitamin C dan Vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.


Untuk kulit yang tampil lebih muda dan lebih sihat

Kod Produk:11000 (15 sachets)
Shaklee Collagen Powder ialah suplemen kolagen tercanggih yang mengandungi 4,000mg ekstrak Kolagen RSS (Red Snapper Scale) proprietari yang tulen dan berkualiti tinggi daripada sisik ikan merah. Kolagen Shaklee mempunyai molekul yang amat ringan, lebih kurang 1,000 Dalton*, menyebabkannya mudah diserap oleh tubuh bagi merangsang sintesis kolagen pada lapisan dermis.
Bagi meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyerlahkan kecantikan dalaman anda, produk kolagen kami dirumus dengan tujuh bahan utama termasuk ekstrak biji Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B.
Shaklee Collagen Powder mudah larut dan boleh dicampurkan ke dalam makanan dan minuman kegemaran anda. Setiap sajian dibungkus dalam paket berasingan untuk pengambilan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
* Berat molekul kolagen diukur dalam Dalton.

Hubungi Pengedar Anda... Jusliana | 0174550656
COD Alor Setar, UUM, Seberang Jaya


Thursday 23 October 2014

Order SHAKLEE berdesupppp!!!!

Alhamdulillah.... dah petang hari ni baru sempat update blog.. macam banyak sangat nak cerita tapi belum sempat nak tulis semua... jadi kita simpan dulu point2 penting yang nak share kat sini. bukan apa, sejak beranak 3 ni... banyak wayar putus... haha.. kalo dah tulis tu insyaallah ingat ler..

Macam yang sahabat2 semua tahu, yang saya sekarang bekerja jauh dari rumah, lebih kurang 200km pergi balik kerja setiap hari... cabaran baru untuk kami sekeluarga. Setiap pagi, suami yang terpaksa uruskan anak2 ke sekolah dan nurseri masing-masing sebab mommy nye dah keluar rumah lepas solat subuh.

Allah itu maha adil. Walaupun cabaran ulang alik ke tempat kerja perlukan belanja yang besar, digantikanNya dengan order SHAKLEE yang menderu-deru. Dan kebanyakan order adalah COD di kawasan rumah dan kawasan ofis. Banyak yang dapat ditampung dengan hasil jualan Shaklee. Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi berkongsi kebaikan Shaklee bersama saya. Insyaallah saya akan berikan konsultansi yang berterusan selagi kawan2 memerlukannya dari saya.

Kalau ada sahabat2 blogger nak sama2 dapatkan income daripada Shaklee pun boleh... PM saya aje, jangan segan2 dalam menuju kejayaan, insyaallah.

Kalau sahabat2 blogger nak order SHAKLEE daripada saya pun boleh, sangatlah dialu-alukan :)

Nak COD?
Boleh.......... Alor Setar/ Seberang Jaya/ UUM
SMS/ WhatsApp 0174550656 Jusliana
Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia

#s2ufamilies #s2united


Wednesday 22 October 2014

Manfaat Cuti

Assalamualaikum wbt. .. selamat menyambut hari Deepavali utk sahabat yg meraikannya. Selamat beristirehat bersama keluarga tersayang utk yg bercuti hari ni...

Peluang cuti sehari sememangnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh kami. Tak perlu ke tempat yg jauh... cukup sekadar dengan bersiar2 sekeluarga. 

Apa yg menariknya... hari ni kami sempat ziarah saudara yg sedang tenat... juga sempat ziarah sedara yg baru pulang dari menunaikan haji. Jadi, peluang cuti hari ni betul2 digunakan utk rapatkan ukhuwah kami. Anak2 pun seronok sebab kitorg ada bersama.... almaklum... sejak cuti hujung minggu tak sama dgn en hubby ni... mmg terasa sgt berharga bila ade peluang cuti sama ni.

Si baby pun xnak tido kt umah tau.. tapi masuk je keta, terus lena kt pangku saya... semoga ikatan keluarga kami akan terus erat.... aminnn



Happy Deewali!!! 😊😊

Pengedar Shaklee Anda
COD Alor Setar / Seberang Jaya
SMS / WhatsApp 0174550656
Jusliana Jaafar

Nak Kulit Cantik???

Relaks!! Kalau kulit muka berjerawat.... berentilah dari lakukan rawatan2 yg berlebihan. Rawatan2 yg berlebihan ni akan buatkan keadaan kulit wajah bertambah teruk.

Sebaliknya... cukup sekadar dengan rutin mencuci muka 2kali sehari dgn pencuci yg berunsur ringan, tidak mengandungi bahan kimia. Boleh juga pilih yg mengandungi salicylic acid kerana ia mampu menyingkirkan lebihan minyak dan kekotoran yg tersumbat di dalam liang pori. Seterusnya cuba sapu sedikit benzoyl peroxide pd bahagian yg bermasalah.

Jika jerawat sering berulang, cuba utk ambil prescription retinoids dan lakukan scrub. Tapi jgn pulak scrub kt tempat jerawat tau, nanti jerawat lebih teruk..... Kedua2 kaedah ni boleh mengekalkan kehalusan kulit.

Paling bagus, amalkan pengambilan makanan yg sihat, minum air kosong yg mencukupi (at least 3liter perday) dan dapatkan rehat yang cukup.

Saya adalah pengedar sah shaklee di seluruh Malaysia
COD Alor Setar / Seberang Jaya
SMS / WhatsApp 0174550656 Jusliana

Tinggalkan FAMILY untuk KERJA

Wahhhh...... baru 2 minggu travel Alor Setar - Penang - Alor Setar... taaaapi badan rasa macam penatnyerrr... boleh ke nak bertahan untuk 2 tahun ni yer???

Saya baru je dinaikkan pangkat.. Alhamdulillah. Atas dasar kerajaan yg baru, setiap kenaikan akan diikuti dengan perintah pertukaran. Tak kiralah ditukar ke mana... semenanjung ke semenanjung ke... Semenanjung ke borneo ke.... Borneo ke Semenanjung ke.... semuanya ada.. mungkin ade la sorang dua yang dapat kekal di negeri bertugas yang sama, yang lain???? Selamatlah berpindah randah...

Saya sendiri ditukarkan dari Kedah ke Pulau Pinang. Alhamdulillah masih lagi dgn jarak yang membolehkan saya berulang alik setiap hari. Cuma.. sefiakan fulus yg lebih lerrr... hihi. ..

Jauh tuuuuu..... tak penat ke?

Ramai yang aju soklan tu ke saya... Penat... Memang penat... Saya keluar paling awal dari rumah, saya jugak yg balik paling lambat... Terima kasih sgt2 en suami tolong uruskan anak ke sekolah dan nurseri. Sebab anak2 lah saya sanggup berulang alik setiap hari. Walau badan penat tapi kebajikan anak2 perlulah jadi keutamaan..

Dengan 3 orang anak.... sorang dah sekolah rendah, sorang nurseri berumur 3thn dan sorang baby baru berusia hampir 4 bulan yg masih fully breastfeed... pun terpaksa ikut abahnya ke nurseri di ofis abah, saya sanggup travel 100km utk ke tempat kerja.

Saya simpati pada kawan2 yg terpaksa berpisah dgn keluarga atas tuntutan kerja. Jika diberi pilihan semestinya lah kita semua nak terus bersama kelurga... ye dak?

Semoga sahabat2 semua mendoakan kami tabah dengan setiap ujian. Amin...

Wednesday 8 October 2014

7 Alasan untuk minum ESP

Sebab ianya:
#1- dihasilkan dari soya yg berbentuk Non GMO (Tanpa Pengubahsuaian genetik) tentulah memberian kualiti terbaik.
#2- dilengkapi dengan 9 jenis amino asid penting, bebas kolesterol dan rendah lemak.
#3- terbukti secara klinikal dpt mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
#4- membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yg teratur.
#5- mengandungi paras glisemik yg rendah utk membantu mengekalkan paras gula normal dlm darah.
#6- membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.
#7- juga mengandungi 500mg kalsium bg setiap 14g hidangannya utk menyokong kebaikan soya.

Best kan? Anda ada 7 alasan yg sempurna utk terus mengamalkan pengambilan ESP dlm diet harian anda....
Saya percaya anda juga sangat suka ESP dan khasiatnya...
NOW!!! BUY 6 .. Anda layak mendapat
#1- ESP 1 Canister for sure PERCUMA utk pembelian 6 Canister ESP (Bernilai RM150)
#2- Keahlian PERCUMA (Bernilai RM65)
#3- Pembelian Produk dengan Harga Ahli (Jimat RM174)
#4- Peluang untuk memulakan bisnes SHAKLEE (Tak Ternilai)

#5- CASH REBATE berjumlah RM36++ bulan berikutnya

Berapa anda dapat JIMAT dengan promo ini??? +/- RM420

Tak hairanlah teman saya yang tinggal di German pun rebut peluang ni.... Beliau baru sahaja order 1 SET PROMO ESP utk KELUARGA nya di Malaysia...
Kalau yang tinggal jauh pun REBUT PELUANG ni.... anda yg dok kt Malaysia ni... ape tunggu lagi? Untuk pengetahuan, PROMO ESP ni tak ada sepanjang tahun 2013 tau....

Nak join penjimatan hebat ni?
PM Jusliana Jaafar | SID 862684
SMS/ WhatsApp 0174550656

Suplemen untuk BREASTFEEDING MOM

Seringkali ibu-ibu mengeluh yang pengeluaran susu semakin berkurangan dan tak mencukupi untuk si anak. Tak kurang juga yang memang meriah susunya... Alhamdulillah, saya ambil kesempatan ni untuk berkongsi sedikit tips untuk menggalakkan pengeluaran susu ibu. Antaranya ialah dengan mengamalkan pengambilan suplemen. Saya percaya dengan suplemen keluaran Shaklee, sebab saya sendiri amalkan sejak tahun 2011 secara konsisten.

Tetapi, jangan salah anggap, tidak semestinya suplemen ni akan buatkan pengeluaran susu akan naik mendadak. sebenarnya, amalan pengambilan suplemen ni untuk memastikan ibu sentiasa sihat, badan sentiasa bertenaga dan tidak penat/ lelah dengan kerja-kerja harian... Seterusnya hati ibu pun tenang, gembira, jadi susu pun takde lah malu-malu nak keluar kan... hihi.. ada ke istilah susu malu nak keluar.. 

Konsep penyusuan tetap sama, supply vs demand. Kalau anak kuat/kerap menyusu, maka keraplah susu dihasilkan. kalau anak dah mula kurang menyusu, pengeluaran susu juga akan semakin berkurangan. sesuai dengan keperluan si anak. 


 Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

 B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

 Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh

 Alfalfa : raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU. Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan…secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.

 Kalsium@ Ostematrix :
Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.


 ESP @ Energizing Soy Protein :
Kompisis vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Setiap pembelian akan disertakan dengan jadual pengambilan dan konsultasi berterusan KHAS untuk pelanggan Fan Page HealthThoughts & Blog CergasCantikCeria untuk mendapatkan hasil yang optimum.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

SMS/ WhatsApp Jusliana Jaafar | 0174550656

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG

Assalamualaikum wbt. ...
Sebagai umat islam yang beriman, kita dituntut untuk mendirikan solat. .. yang wajib 5waktu sehari semalam.. yang sunat... ada banyaaaakkk... tinggal kita ni rajin ke tak nk rebut peluang untuk tambah pahala...

Ramai antara kita terlalu sibuk dengan urusan duniawi, kadang2 terbawa2 ketika solat... saya akui saya juga kadang2 hilang khusyuk ketika solat. Jadi, saya berharap sangat artikel yang saya share ni boleh bantu kita semua untuk lebih khusyuk sewaktu mengadapNya...

Ini adalah forwarded artikel yg saya dapat melalui WhatsApp. .

****
Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari
melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak
memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah.
Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa
saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil
wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk
bertemu denganNya secara formal.

Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan
kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran
bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.
Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya
Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit
dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya
Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah,
hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan
untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita
berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita
komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan
Penyayang ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.
Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami
mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan
bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.
Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping
fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung.

Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan
solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN..bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yang sering ingin dipuji?
Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini
kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita
mengharapkan redha Allah semata-mata.

Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”

Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian
itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya.
Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah… mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.

“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”

“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”

“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”

“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak
mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan
kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup).

“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”

“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”

“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”

“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”

Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan
lebih berserah kita padaNya.

****
Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan
solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah
sama sejak kita  mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah
sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.

Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.

Dari tinta Dr Fuad Latip
5 Sept 2014.

Friday 26 September 2014

MINDSET... Berfikirla secara positif

"MINDSET".... ianya tentang bagaimana seseorang berfikir. 1 pesanan/ ayat boleh membawa maksud yg berbeza bagi orang yg berfikiran berbeza. ... saya tertarik dgn cerita yg dikongsikan oleh rakan saya dlm grup WhatsApp kami... jom baca dan hayati cerita ni yer...

Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhir, dia memberi pesan kepada kedua anaknya :

“Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan kepadamu untuk keberhasilan hidupmu”

“Pertama : Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun”

“Kedua : Jangan sesekali tubuhmu terkena terik
matahari secara langsung”

5 TAHUN BERLALU:

Sang ibu menjenguk anak sulungnya dengan kedudukan perniagaannya yg sgt mendukacitakan.

Si ibu pun bertanya “Wahai anak sulungku kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”.

Si sulung menjawab : “Saya mengikuti pesan ayah bu…

Saya dilarang menagih hutang drpd siapapun sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama² habislah modal saya..

Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar
matahari secara langsung dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang kerja saya selalu naik teksi”.

Kemudian sang ibu pergi ke tempat si bungsu yang
keadaannya berbeda jauh.

Si bungsu sukses menjalankan perniagaannya.

Sang ibu pun bertanya “Wahai anak bungsuku, hidupmu sedemikian beruntung, apa rahsianya…?”

Si bungsu menjawab : “Ini kerana saya mengikuti
pesan ayah bu..

Pesan yang pertama saya dilarang menagih hutang kepada siapapun. Oleh karena itu saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun sehingga modal saya tetap kukuh”.

“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari
secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan pulang setelah matahari terbenam, sehingga para pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup lebih lewat”.

Perhatikan..
Si Sulung dan Si Bungsu menerima pesan yang SAMA, namun masing² memiliki penafsiran dan sudut pandang atau MINDSET berbeza.

Mereka MELAKUKAN cara yang berbeza sehingga mendapatkan HASIL yang berbeza pula.

Hati² lah dengan Mindset kita..

Mindset positif memberi hasil menakjubkan, sebaliknya mindset negatif memberikan hasil menghancurkan.

Bijaksanalah menjalani kehidupan ini....

The choice is yours..!

Wednesday 24 September 2014

PENGASUH AKA BABY SITTER BERKALIBER

Seronok dapat anak baru.... seronok juga nak cari pengasuh (baby sitter) untuk anak baru bila nak masuk kerja. Bagi sesetengah orang yang sangat beruntung ada ibu, sedara mara berdekatan yang boleh jaga baby... takpun ada makcik2, kakak2 di kejiranan yang sudi nak jaga baby... tak payah nak pening2 cari baby sitter. .. dari mengandung lagi dah buking dah...

Kalo macam ni memang senang banyaklah... lagi best bila orang yang sanggup jaga baby ni memang tip top layanannya ke anak kita.. sesetengah tu jaga baby dengan sangat berkaliber, dedikasi malah lebih hebat dari ibu sendiri jaga.... mau taknya kalo dah berjiwa penyayang,  sekor nyamuk pun tak dibagi can nak hinggap.... syokkkkknyer dapat pengasuh macam ni kan... ibu2 nak tinggalkan anak pun tak susah hati sangat...

Tapi kalo yang takde kelebihan macam tu... kira macam mana yer??? 😞

Sebelum bersalin dulu, beberapa bulan lepaa.... saya dah mula cari pengasuh untuk baby yg bakal lahir, yelah kita tak nak kelam kabut selepas dah bersalin. Masa tak banyak bila dah lepas bersalin. Cari punya cari punya cari... rata2 pengasuh yang dikenali dan dipercayai dahpun takde kekosongan... ada yang dah ada cucu sendiri.... ada yang dah stop dari jaga baby... ada yang sakit....

Nak dijadikan cerita, akhirnya saya berjaya jugak pujuk baby sitter lama (yg pernah jaga anak ke2 saya) untuk terima dan jaga anak saya yg ke3 ni pulak, alhamdulillah syukur.... rasa sangat relieve tau!!! Sebab kakak ni memang bagus dalam hal menjaga baby... walaupun ada masalah kesihatan sikit dia sanggup jaga baby sebab nak tolong saya... syukur sangat2...

Bermulalah episod menghantar dan mengambil anak waktu pegi dan balik keja... hari ni masuk hari ke6.... tup2 dia bagitau dia boleh jaga sampai edok jaaa... sebab katanya dia dah sakit2 badan balik. Habis nak buat macam mana dah orang tu tak sihat kan... kena la cari pengasuh lain...

Nak cari pengasuh lain???? Adoiiiii...... dalam masa 2 hari mana nak cari ni adik kakak ku semua....hopefully adalah yg sudi jaga anakku yang soleh ini...

Tuesday 23 September 2014

MASALAH JERAWAT??? Tidak lagi dengan SHAKLEE EFFECT

Alhamdulillah.... dari zaman remaja sampai ke zaman dah kahwin... boleh dikatakan kulit muka saya takde melekat jerawat.. kalau ada pun singgah kejap dalam masa tertentu aje, tapi lepas tu hilang dan takde kesan kat muka...

Nak dijadikan cerita, tahun 2009 saya tergedik nak mencuba set skincare yg baru... kononnya lebih murah dari set skincare yg sedia ada dok pakai.. dan tergedix gak nak kurangkan jeragat kat muka katanya... hihi... sekali hambik!!!! bertempek-tempek jerawat naik kat muka tau!!!... Adoiii padan muka saya kan... dah la kulit muka jadi tak lawa, sakit pun ye gak rupanya bila dah ada cik JERAWAT ni.. huhu

Saya nye pendapat lah, jerawat ni timbul mesti sebab saya pakai set skincare yg baru ni, logik gak... faktor penuaan pun ye gak kot... haha.. sebab tahun ni saya baru masuk 3series... kolagen pun dah berkurangan kan.. well mengaku aje lah diri tu dah makin berusia... tu tak penting... yang penting... macam mana cara nak bagi jerawat ni semua hilang dan tak meninggalkan kesan parut yg berlobang itewww??? macam mana???

Suatu hari, jalan2 kat shopping mall, ada promosi.... PERCUMA facial treatment by N** Y**K Skincare Solutions... saya pun mencuba ler, almaklum free, sapa taknak oiiii....lepas dah cuba tu biasalah, si consultant ni pun promot set skincare... harganya??? oiii mak oiii... RM10K++++ ...

Me: Kalau saya amik offer ni (RM10K+++ facial treatments), kesan jerawat kat muka saya ni boleh hilang semua ke? tanpa parut?
Consultant: Kita tak jamin... ni semua bergantung pada kulit u jugak, kalau cepat then ok lah. Tapi kalau tak jadi, u boleh tambah treatment lagi... (huhuhu... tambah duit lagilah...)

Yer, memang diakui setiap jenis kulit perlukan treatment yg berbeza, sememangnya tiada sape pun yang boleh bagi jaminan 100% kan. But when u are talking about RM10k... fuhhhh semestinya kita nak ianya sangat berkesan kan...so, saya tak terima offer treatment tu..

Dipendekkan cerita, saya pun pergilah amik treatment kt spa biasa, dalam masa yang sama saya amik pati prun dan minuman kolagen. Saya guna balik set skincare saya yg sebelum ni. Memang saya berhabis untuk dapatkan kembali kulit saya yang dulu... bolehla tahan hasilnya... tapi tak memuaskan hati jugak... tengok gambar yg belah kiri, tu gambar tahun 2011, selepas semua treatment yang berjumlah RM1k+++ dan berdozen pati prun dan berdozen jugak minuman kolagen saya amik...



Selepas berkenalan dengan SHAKLEE, saya mencuba SKINCARE SET recommended by HealthThoughts

Dengan penggunaan Set Asas Penjagaan Kulit iaitu Vitamin C, Vitamin E, Alfalfa dan ESP...Alhamdulillah dengan izinNya kulit bermasalah saya pulih hampir 100%.
Gambar di sebelah kanan (selepas) tu ialah gambar saya di penghujung tahun 2012. Saya mula mengamalkan skincare set secara serius pada Mei 2012, setelah hampir 7 bulan menggunakan produk SHAKLEE, saya sangat berpuas hati.. Set penjagaan kulit yang saya amalkan ialah ESP, Vita C, Vita E, Alfalfa. Dan selepas tu saya top up dengan GLA Complex.


Kedua-dua gambar ni diambil dgn menggunakan kamera di telepon ajer, saya memang  tak reti nk mengedit pun... hanya sekadar crop utk amik bahagian yg perlu ajer.. Alhamdulillah, berkat usaha dan bantuan konsultansi daripada Master Iffah Anuar dan adik beradik Shaklee2U, saya dapat jugak hasil yang memuaskan... pada kos yang minima... terima kasih SHAKLEE juga untuk produk yang sangat berkesan, selamat dan sentiasa mesra alam.

This is my #Shakleeeffect & thanx a lot to my #S2UFamilies semoga terus #S2United 

Jusliana Jaafar
Pengedar Sah Shaklee
COD Alor Star
SMS/ WhatsApp 0174550656

Saturday 20 September 2014

Refresh. .... apa yg hebat dgn VIVIX?
Ramuannya yg tinggi antioksidan dan membantu peningkatan kesihatan yg menyeluruh.... itulah rahsianya...

Kandungan VIVIX
#1- Muscadine Grape
Satu2 nya anggur hebat yg mempunyai lebih 1 kromosom berbanding anggur2 jenis yg lain. Ahli sains percaya kelebihan ini mengukuhkan profil polyphenol nya dan berpotensi utk memanfaatkan kesihatan.
Mempunyai asid ellagik dlm kepekatan tinggi, 1 phyto-nutrient yg tdk dijumpai d dlm anggur jenis lain.
Mempunyai ciri2 menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti bakteria.

#2- Purple Carrot
Sumber terbaik Vitamin A, mengandungi phyto kimia termasuk carotenoid, polyacetylene, isocoumarins, dan sesquiterpenes.
Juga mengandungi anthocyanin, antioksidan yg mustajab terdapat d dlm purple carrot.
Asid klorogenik adalah antioksidan plg byk terdapat d dlm semua jenis carrot. Berfungsi mengurangkan diabetes yg dikaitkan dgn pengambilan kopi.
Anthocyanin mempamerkan byk xtvt biologi, termasuk antioksidan, anti radang, anti mikrobial dan anti carcinogen.
Juga menunjukkan kebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

#3- Elderberry (Sambucus Nigra)
Elderberry salah 1 manfaat nya adalah keberkesanan dlm mengubati simpton flu, terutama influenza B.Berry mengandungi flavonoids, yg mempunyai ciri antioksidan yg kuat, dgn yg demikian mengukuhkan sistem imun melawan jangkitan virus dan bakteria.
Juga kaya dgn Vitamin A, B, dan C dan nutrien spt asid amino, carotenoid, tannin dan rutin.
Juga berkesan utk keadaan spt flu, jangkitan yis, asma, batuk, sesak hidung dan dada, diabetes. 
Berupaya merendahkan tahap kolestrol dan menghalang oksidadi kolestrol LDL iaitu salah 1 penyebab penting penyakit kardiovaskular.
Elderberry mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung termasuk strok dan serangan sakit jantung.
Seterusnya lg manfaat penting dr elderberry adalah pengurangan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman. 

#4- Polygonum Cuspidatum
Juga dikenali sbg Knotweed Jepun adalah tumguhan parenial yg besar berasal dr Asia, juga ditemui di Amerika Utara dan Eropah.
Ianya sumber komersial Resveratrol yg juga terdapat dlm ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah.
Polygonum Cuspidatum mempunyai byk manfaat kesihatan dan digunakan utk merumuskan supplemen anti penuaan spt resveratrol dan byk jenis perubatan tradisional Cina.
Resveratrol drpd hasil byk kajian makmal, menunjukkan ianya membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet, dan mengurangkan berat badan.

More info/ details:
Sms/ WhatsApp 0174550656
Jusliana | ID 862684
COD Alor Setar

My Breastfeeding Journey


Seronok kan kalo setiap kali pam dpt macam ni... insyaallah. ..

Apa yg saya amalkan sepanjang berpantang utk tempoh 19hari ini?

Assalamualaikum wbt...
My Diary: 7th July 2014

Day 19 CONFINEMENT: Walaupun saya masih lagi berpantang dan menikmati cuti bersalin untuk tempoh 3 bulan... (lamanya la kan...hihi), saya tetap pam dan buat stok ebm. Bukan apa, ebm ni untuk digunakan bila saya dah start keje nanti.. ikut pengalaman lepas, bila dah start keje, bekalan susu akan makin menyusut. So, kali ni saya betul2 prepare dan plan. Ni adalah sebahagian drpd stok EBM saya utk tempoh 19hari berpantang.


Saya berpantang kat kampung... nasiblah mak ada 2 peti ais, kiranya boleh ler muatkan ebm ni. Sebenarnya guna botol/ cup ni semua akan buat ruang tu jadi sempit. Better lagi kalo guna zip lock bag tu.. Tapi memandangkan saya tak sempat beli stok bag tu banyak, jadi saya gunakan balik botol/ cup yg saya dah pakai masa 2nd baby dulu.

Resepi saya sepanjang berpantang sama aje....

>>Breakfast Milo bersama biskut cream cracker/ weetameal...
>>Lunch nasi putih + sayur sawi/ kailan rebus + ikan/ ayam/ daging bakar
     *****
2tabs Vitalea + 1tab Bcomplex

>>Minum petang 1sudu ESP + 1sudu Mealshake + 200ml Twister Orange

     *****1tab Zinc Complex
>>Makan malam sama menu dgn lunch

    *****4tabs Ostematrix + 1tab SR Vita C Plus
>>Tido... zzzzz (haha... ni bukan menu makan tapi saje je buh nak bagitau yg saya amik suplemen ni sebelum tido :)

Jadual pam saya every 3-5hrs...
Direct feeding ikut demand baby...
Minum air kosong at least 2.5liter sehari...

Suplemen ni penting bagi saya sebab ia bagi saya lebih bertenaga, lebih sihat dan saya percaya ini yang membantu badan saya menghasilkan susu yang mencukupi untuk baby saya, dengan izin Allah jua. Kita sebagai hambaNya wajib berusaha untuk dapatkan yang terbaik. Menyusukan anak juga merupakan satu ibadah dan itu adalah hak anak.


Selain itu... sentiasa doakan yg susu saya cukup untuk baby saya sehingga umurnya 2tahun... sentiasa fikir yg susu saya byk setiap kali pam.

NEVER say/think -ve tentang breastfeeding/ susu sendiri.

Selamat berjuang demi exclusive breastfeeding baby kita... insyaallah. .


#shakleeeffect #s2ufamilies #s2united