Assalamualaikum wbt...
Minggu ni dah masuk minggu ke 30... anak mummy kat dalam ni dah makin besar... mummy dah mula mengah kalo terpaksa tunduk-tunduk dan angkut barang... ditambah dengan kerenah abang Amin yang semakin suka dibelai dan dimanja... almaklum, abang amin pun nak perhatian mummy lebih sikit daripada biasa.. hihi.. abang oh abang... harapnya abang amin boleh cooperate bila baby keluar nanti....
Walaupun preggy kali ke3... excited nya sama macam preggy kali pertama dulu, sebab macam2 cara diusahakan untuk dapatkan anak ke3 ni... hihi.... maluuuu... tapi terpaksa la sebab umur dah banyak, anak baru 2... kalau boleh dan diizinkanNya, kami sekeluarga inginkan family yang besar, jadi kena la tambah lagi ahli keluarga, ye dak?
Bermula dari pengiraan hari subur.... antara suplemen yang saya dan suami amalkan ialah Vivix, Vitamin E, CoQ Health Plus, Alfalfa, GLA Complex. Selepas beberapa bulan tak berjaya, saya nekad untuk ambik pil subur. Gi jumpa doktor, saya mintak Clomid (ubat subur bagi saya). Saya bagitahu doktor yg saya nak standby ubat ni bila saya period nanti... (sebab ubat ni kena amik pd hari ke2 period). Pandai2 je kan... sebab selalunya bila period saya takde masa nak g jumpa doktor..
Tapi, tak sempat amik Clomid..... saya tak period pun... selepas seminggu tak period, saya tunggu lagi... cukup nak masuk 2 minggu... jeng! jeng! jeng!.... jom gi farmasi beli UPT... ngeh ngeh ngeh... sekali kuar double line lerrr... yahooooo... Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan... jadi bermulalah fasa penjagaan diri yang lebih teliti...
Tup tap tup tap.... buat buku merah, lagi sekali bernasib baik sebab tak payah buat ujian minum air gula... yessss!!! rutin 'check-up' berjalan ikut jadual... setakat ni HB bagus, blood pressure bagus, kadar gula dalam darah juga bagus... saya tetap amalkan suplemen Shaklee iaitu set untuk Ibu Hamil (Vitalea, Vita C, B Complex, Ostematrix, OmegaGuard, ESP).
Dah masuk minggu ke30 ni, saya rasa masa yang sesuai untuk buat persiapan awal kelahiran... saya dah mula geledah kotak2 yang berisi barang2 breastfeeding, baju-baju baby, macam-macam lagi lah... tak lupa, skang tengah gila shopping keperluan baby n mummy kt online store tauuu... saya pasti semua bakal-bakal ibu pun macam tu juga kan....
Kalo nak ikut, baaanyak nak diceritakan. tapi macam dah panjang sangat kot saya bebel kat sini... saya doakan semoga bakal-bakal ibu semua diberikan kesihatan yang berkekalan dan semoga proses kelahiran baby berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya. Doakan keselamatan saya juga ya... insyaallah
Sharing is Caring!!!
Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di seluruh Malaysia
Jusliana Jaafar | SID 862684
SMS/ WhatsApp 0174550656
HARGA MENJUNAM!!!
APA YANG SAYA NAK OFFER???
***5 SET BASIC BREASTFEEDING (ALFALFA + ESP)
***7 SET CANTIK BASIC (SR VITA C + ESP)
SIAPA NAK UNTUNG BERGANDA WHATSAPP SAYA 0174550656 (JUSLIANA)
***WHILE STOCK LAST!!!
ini adalah offer peribadi saya, tiada kena mengena dgn pihak ke3...
Showing posts with label vitalea. Show all posts
Showing posts with label vitalea. Show all posts
Monday, 7 April 2014
Tuesday, 18 March 2014
PEDIH ULU HATI KETIKA HAMIL
Pedih Ulu Hati, juga dikenali sebagai gastroesophageal penyakit refluks (GERD) adalah disebabkan oleh isi kandungan perut yang undur ke belakang sehingga ke dalam esofagus, iaitu salur pemakanan yang membawa makanan dari mulut ke perut anda. Apabila ini berlaku, asid perut memberi iritasi kepada lapisan esofagus menyebabkan anda rasa pedih dan seperti terbakar pada ulu hati. Ia berlaku pada sesetengah daripada wanita hamil dan kerap dikelirukan dengan simtom penyakit jantung.
Punca Terjadi Pedih Ulu Hati
Rembesan hormon Progesteron menyebabkan sistem pencernaan menjadi perlahan dan perut mengambil masa yang lebih lama untuk mengosongkan makanan. Ini untuk memastikan serapan maksima nutrien dan zat makanan ke dalam darah untuk menyokong tumbesaran bayi.
Walau bagaimanapun, perubahan hormon ini juga menyebabkan otot esofagus menjadi longgar dan menyebabkan asid perut naik ke dalam esofagus yang menyebabkan rasa sakit pada ulu hati.
Disebabkan perut yang semakin membesar, perut akan tertolak ke atas dan menjadi mampat. Hasil dari tekanan ini akan memaksa asid perut undur ke belakang dan seterusnya menyebabkan sakit ulu hati.
Gejala tipikal kesan daripada sakit Ulu Hati termasuklah ketidakselesaan, pedih atau rasa panas pada tulang dada. Pesakit juga kerap mengadu rasa senak, rasa masam di tekak, kerap sendawa dan rasa kembung walaupun cuma memakan sedikit makanan.
Simtom ini akan lebih kerap terasa apabila berada dalam kedudukan berbaring dan semasa menundukkan badan.
Pencegahan dan penjagaan diri untuk pedih ulu hati
Pedih ulu hati memang tidak menyenangkan, tetapi anda boleh mengambil langkah-langkah di bawah untuk mengurangkan ia dari terjadi dengan lebih kerap.
• Makan makanan pada kuantiti yang kecil tetapi dengan kadar yang lebih kerap.
• Sediakan dairi pemakanan, pastikan makanan mana yang kerap memberikan masalah dan elak daripada memakannya.
• Menjauhkan diri daripada makanan berlemak, berminyak atau digoreng.
• Kurangkan minuman berkafin seperti kopi, teh dan coklat
• Jangan minum air berkarbonat, makanan yang sangat manis atau berasid seperti buah-buahan sitrus seperti limau.
• Banyakkan minum air terutamanya air putih.
• Duduk dengan postur yang baik dan elak dari membongkok. Bengkok pada lutut bukan pada pinggang.
• Tunggu satu jam atau lebih lama selepas makan sebelum anda berbaring.
• Elakkan makan selama 2-3 jam sebelum anda masuk tidur. Perut yang kosong mengurangkan rembesan asid dalam perut.
• Elakkan dari berbaring rata. Apabila berehat atau tidur, sokong badan anda supaya kepala dan bahu lebih tinggi.
• Jangan merokok dan meminum alkohol.
Ibu2 hamil digalakkan untuk mengambil kalsium dan zat besi yang mencukupi sebagai langkah untuk mengawal pedih ulu hati...
Sharing is caring
www.facebook.com/HealthThoughts
Jusliana | Pengedar Shaklee Alor Setar/ Jitra/ UUM
SMS/ WhatsApp 017-4550656
Labels:
esp,
hamil,
kalsium,
Ostematrix,
pedih ulu hati,
vitalea,
zat besi
Subscribe to:
Posts (Atom)

