HARGA MENJUNAM!!!

APA YANG SAYA NAK OFFER???
***5 SET BASIC BREASTFEEDING (ALFALFA + ESP)
***7 SET CANTIK BASIC (SR VITA C + ESP)
SIAPA NAK UNTUNG BERGANDA WHATSAPP SAYA 0174550656 (JUSLIANA)
***WHILE STOCK LAST!!!
ini adalah offer peribadi saya, tiada kena mengena dgn pihak ke3...
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Friday, 11 April 2014

Testimoni Ostematrix dan Advanced Joint Health Tablet


Alhamdulillah, berkat konsisten mengamalkan Ostematrix dan Advanced Joint Health Tablet, boleh mengurangkan radang sendi. Saya juga tumpang happy untuk customer Master Zura Betty ni... Ye lah kan, bila dah hilang radang sendi, beliau dah boleh dukung anak dengan lebih lama, hati pun gembira sebab tak perlu tahan sakit... insyaallah, segalanya terjadi dengan izin Allah jua...  tapi kita perlu berusaha untuk menjadi ke arah yang lebih baik. 



Niat suci puan ni untuk bantu ibu mertua supaya lebih sihat akhirnya membuahkan hasil. Beliau menghadiahkan Ostematrix dan Advanced Joint Health kepada ibu mertua untuk mengurangkan sakit lutut dan rasa tak selesa ketika menunaikan solat tarawih. Usaha beliau berjaya bila ibu mertua beliau rasa sangat selesa selepas amalkan OSTEMATRIX dan ADVANCED JOINT HEALTH yang beliau hadiahkan. Tak susah nak bagi parents dan parents in law kita happy kan... hadiahkan kesihatan yang lebih baik kepada diorang, insyaallah selain disayangi mereka, kita juga dapat kkumpul pahala untuk ke sana nanti... insyaallah...

Anda pun nak jadi seperti mereka di atas ni?
Boleh PM saya di www.facebook.com/HealthThoughts | Jusliana
Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia
COD Alor Setar/ Jitra/ Changlun/ UUM
SMS/ WhatsApp 0174550656

Monday, 7 April 2014

Hamil di usia 35 Tahun

Assalamualaikum wbt...
Minggu ni dah masuk minggu ke 30... anak mummy kat dalam ni dah makin besar... mummy dah mula mengah kalo terpaksa tunduk-tunduk dan angkut barang... ditambah dengan kerenah abang Amin yang semakin suka dibelai dan dimanja... almaklum, abang amin pun nak perhatian mummy lebih sikit daripada biasa.. hihi.. abang oh abang... harapnya abang amin boleh cooperate bila baby keluar nanti....

Walaupun preggy kali ke3... excited nya sama macam preggy kali pertama dulu, sebab macam2 cara diusahakan untuk dapatkan anak ke3 ni... hihi.... maluuuu... tapi terpaksa la sebab umur dah banyak, anak baru 2... kalau boleh dan diizinkanNya, kami sekeluarga inginkan family yang besar, jadi kena la tambah lagi ahli keluarga, ye dak?

Bermula dari pengiraan hari subur.... antara suplemen yang saya dan suami amalkan ialah Vivix, Vitamin E, CoQ Health Plus, Alfalfa, GLA Complex. Selepas beberapa bulan tak berjaya, saya nekad untuk ambik pil subur. Gi jumpa doktor, saya mintak Clomid (ubat subur bagi saya). Saya bagitahu doktor yg saya nak standby ubat ni bila saya period nanti... (sebab ubat ni kena amik pd hari ke2 period). Pandai2 je kan... sebab selalunya bila period saya takde masa nak g jumpa doktor..

Tapi, tak sempat amik Clomid..... saya tak period pun... selepas seminggu tak period, saya tunggu lagi... cukup nak masuk 2 minggu... jeng! jeng! jeng!.... jom gi farmasi beli UPT... ngeh ngeh ngeh... sekali kuar double line lerrr... yahooooo... Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan... jadi bermulalah fasa penjagaan diri yang lebih teliti...

Tup tap tup tap.... buat buku merah, lagi sekali bernasib baik sebab tak payah buat ujian minum air gula... yessss!!! rutin 'check-up' berjalan ikut jadual... setakat ni HB bagus, blood pressure bagus, kadar gula dalam darah juga bagus... saya tetap amalkan suplemen Shaklee iaitu set untuk Ibu Hamil (Vitalea, Vita C, B Complex, Ostematrix, OmegaGuard, ESP).

Dah masuk minggu ke30 ni, saya rasa masa yang sesuai untuk buat persiapan awal kelahiran... saya dah mula geledah kotak2 yang berisi barang2 breastfeeding, baju-baju baby, macam-macam lagi lah... tak lupa, skang tengah gila shopping keperluan baby n mummy kt online store tauuu... saya pasti semua bakal-bakal ibu pun macam tu juga kan....

Kalo nak ikut, baaanyak nak diceritakan. tapi macam dah panjang sangat kot saya bebel kat sini... saya doakan semoga bakal-bakal ibu semua diberikan kesihatan yang berkekalan dan semoga proses kelahiran baby berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya. Doakan keselamatan saya juga ya... insyaallah

Sharing is Caring!!!

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di seluruh Malaysia
Jusliana Jaafar | SID 862684
SMS/ WhatsApp 0174550656


Friday, 4 April 2014

Pengalaman bersama OSTEMATRIX

Percaya atau tak... produk pertama yang buatkan saya jatuh cinta dengan SHAKLEE ialah sebotol OSTEMATRIX..
Saya ingat lagi, masa tu saya tengah menyusukan anak kedua saya, Muhammad Amin Bin Mohd Lutfi dalam tahun 2011. Saya selalu sangat sakit pinggang, lenguh-lenguh badan, dan tumit saya selalu sakit waktu bangun tidur. Tak tahu kenapa? Ye lah... kita kan muda lagi.. (muda lagi ke dah 30's ni weii)... hihihi...

Saya mula gugel kat Faheem's Wardrobe (Master Iffah Anuar), saya kenal pun melalui kawan saya yang amik set menyusu dari MIA. Masa preggy tu saya ada dengar yang kawan saya ni pun amik Shaklee, tapi masa tu saya buat dekkk jer... saya konsisten dengan vitamin yang gomen bagi aje, pastu minum susu untuk preggy mom... langsung x amik suplemen lain..

Tapi kali ni saya rasa nak mencuba produk Shaklee...jeng jeng jeng...
Disebabkan saya nak beli dengan harga ahli, jadi saya pun beli sebotol OSTEMATRIX dan mendaftarkan diri sebagai ahli.... tak ada niat nak berniaga pun, cuma nak enjoy the price and the benefit... saya konsisten makan dan mula rasa perubahan pada diri saya, NO MORE back pain, tak ada lagi sakit tumit (yang ni memang kritikal sebelum ni)... lenguh-lenguh badan pun dah berkurang.
Walaupun OSTEMATRIX ni adalah suplemen kalsium yang mana juga boleh dapat dengan minum susu, tapi saya rasa kelainannya... sebab saya memang seorang yang suka minum susu, tak kiralah susu tepung untuk preggy ke, untuk lactating ke, untuk yang biasa-biasa aje ke, saya memang penggemar susu. Tapi dengan Ostematrix ni saya rasa kesan yang sangat ketara... menyesal pulak kenal Shaklee ni lambat sangat... anak ke2 dah nak abis menyusu baru nak kenal Shaklee... tapi Alhamdulillah... at least saya berpeluang jugak kenal produk Shaklee ni kan...

Sejak dari itu, saya mula amik satu persatu produk Shaklee ikut keperluan saya.... dari nak hilangkan sakit tumit, saya cuba pulak produk untuk hilangkan parut, produk untuk betulkan hormon (nak subur kan diri sendiri... ahaks), produk untuk awet muda.... haaa jangan tak tau, boleh dikatakan semua produk saya dah cuba, produk untuk langsing je saya belum cuba, sebab tak pernah lagi dalam sejarah hidup saya, saya beria diet nak slim.... biasanya saya kawal tabiat pemakanan sahaja, tanpa bantuan mana-mana produk untuk slim. Alhamdulillah setakat ni saya tak ada masalah berat badan berlebihan yang serius... masih dalam kawalan, cewahhhh....

Banyak pulak cerita.... cerita utama nya nak bagitahu yang saya memang In Love dengan OSTEMATRIX, ni lah salah satu suplemen wajib saya setiap hari....

Tuesday, 18 March 2014

PEDIH ULU HATI KETIKA HAMIL



Pedih Ulu Hati, juga dikenali sebagai gastroesophageal penyakit refluks (GERD) adalah disebabkan oleh isi kandungan perut yang undur ke belakang sehingga ke dalam esofagus, iaitu salur pemakanan yang membawa makanan dari mulut ke perut anda. Apabila ini berlaku, asid perut memberi iritasi kepada lapisan esofagus menyebabkan anda rasa pedih dan seperti terbakar pada ulu hati. Ia berlaku pada sesetengah daripada wanita hamil dan kerap dikelirukan dengan simtom penyakit jantung.

Punca Terjadi Pedih Ulu Hati
Rembesan hormon Progesteron menyebabkan sistem pencernaan menjadi perlahan dan perut mengambil masa yang lebih lama untuk mengosongkan makanan. Ini untuk memastikan serapan maksima nutrien dan zat makanan ke dalam darah untuk menyokong tumbesaran bayi.
Walau bagaimanapun, perubahan hormon ini juga menyebabkan otot esofagus menjadi longgar dan menyebabkan asid perut naik ke dalam esofagus yang menyebabkan rasa sakit pada ulu hati.
Disebabkan perut yang semakin membesar, perut akan tertolak ke atas dan menjadi mampat. Hasil dari tekanan ini akan memaksa asid perut undur ke belakang dan seterusnya menyebabkan sakit ulu hati.
Gejala tipikal kesan daripada sakit Ulu Hati termasuklah ketidakselesaan, pedih  atau rasa panas pada tulang dada. Pesakit juga kerap mengadu rasa senak, rasa masam di tekak, kerap sendawa dan rasa kembung walaupun cuma memakan sedikit makanan.
Simtom ini akan lebih kerap terasa apabila berada dalam kedudukan berbaring dan semasa menundukkan badan.

Pencegahan dan penjagaan diri untuk pedih ulu hati
Pedih ulu hati memang tidak menyenangkan, tetapi anda boleh mengambil langkah-langkah di bawah untuk mengurangkan ia dari terjadi dengan lebih kerap.
• Makan makanan pada kuantiti yang kecil tetapi dengan kadar yang lebih kerap.
• Sediakan dairi pemakanan, pastikan makanan mana yang kerap memberikan masalah dan elak daripada memakannya.
• Menjauhkan diri daripada makanan berlemak, berminyak atau digoreng.
• Kurangkan minuman berkafin seperti kopi, teh dan coklat
• Jangan minum air berkarbonat, makanan yang sangat manis atau berasid seperti buah-buahan sitrus seperti limau.
• Banyakkan minum air terutamanya air putih.
• Duduk dengan postur yang baik dan elak dari membongkok. Bengkok pada lutut bukan pada pinggang.
• Tunggu satu jam atau lebih lama selepas makan sebelum anda berbaring.
• Elakkan makan selama 2-3 jam sebelum anda masuk tidur. Perut yang kosong mengurangkan rembesan asid dalam perut.
• Elakkan dari berbaring rata. Apabila berehat atau tidur, sokong badan anda supaya kepala dan bahu lebih tinggi.
• Jangan merokok dan meminum alkohol.

Ibu2 hamil digalakkan untuk mengambil kalsium dan zat besi yang mencukupi sebagai langkah untuk mengawal pedih ulu hati...

Sharing is caring
www.facebook.com/HealthThoughts
Jusliana | Pengedar Shaklee Alor Setar/ Jitra/ UUM
SMS/ WhatsApp 017-4550656