HARGA MENJUNAM!!!

APA YANG SAYA NAK OFFER???
***5 SET BASIC BREASTFEEDING (ALFALFA + ESP)
***7 SET CANTIK BASIC (SR VITA C + ESP)
SIAPA NAK UNTUNG BERGANDA WHATSAPP SAYA 0174550656 (JUSLIANA)
***WHILE STOCK LAST!!!
ini adalah offer peribadi saya, tiada kena mengena dgn pihak ke3...

Wednesday 26 November 2014

Syoknye minum Kafein!!!!

Assalamualaikum wbt... dah agak lama menyepi... tak mencoret kat sini... tiba2 hari ni rasa terpanggil nak 'share' dgn sahabat semua...

Di pejabat, saya ada sorang kawan yang sangat gemar minum Nes**fe... 3 in 1 ke, ready dalam tin ke... semua nya dia minum.. setiap hari... saya pernah terbaca tentang keburukannya bila badan kita ni terlebih kafein... tapi lupa sumber nya di mana. jadi hari ni saya gugel aje dan jumpalah info ni dalam buletin USM... tu yang ada semangat nak share kat sini... harapnya dapatlah bagi manfaat untuk sahabat semua... sahabat ofis saya? jangan risau, saya dahpun nasihatkan beliau tentang kesan pengambilan kafein yang berlebihan... saya pun ada jugak minum minuman berkafein...

Perasan tak? Bila kita rasa macam kurang tenaga untuik berjaga dan buat kerja-kerja rumah, kita lebih cenderung untuk minum minuman berkafein tak kiralah jenama apa dan jenis kafein yang macam mana... Elok2 lepas amik je minuman tu kita akan jadi lebih bersemangat dan cergas.. KENAPA???

Tahukah anda bahan kimia apakah yang terkandung dalam kopi? Umumnya telah mengetahui tentang kafein.

Kafein adalah sejenis dadah yang terhasil secara semulajadi dalam daun dan biji beberapa jenis tumbuh tumbuhan. kafein juga dihasilkan secara tiruan dan digunakan sebagai bahan penambah atau perisa di dalam sesetengah makanan.

Kafein dikenali juga di kenali dengan nama kimianya trimetilksantina dalam keluarga metilksantina. Bahan ini berbentuk serbuk berwarna putih dan sedikit rasa pahit.  Bahan kimia lain yang terdapat dalam kumpulan ini adalah teofilin terdapat dalam daun teh dan teobromin yang didapati dalam biji koko.

Kafein boleh ditemui dalam biji kopi (Coffea Arabica) , daun teh (Theasinensis)  dan biji koko (Theobrama cacao). Kafein juga boleh didapati dalam lebih 60 jenis tumbuh-tumbuhan lain. Antaranya pokok guarana (Paullinia cupana) yang terdapat di Amazon. Kafein sering digunakan terutamanya dalam minuman ringan. Kebanyakan remaja sekarang begitu gemar mengambil minuman berkarbonat kola yang bukan sahaja mengandungi kafein tetapi juga kandungan gula yang tinggi. kafein juga digunakan dalam sesetengah ubat untuk merawat beberapa jenis penyakit. Antaranya untuk merawat sakit kepala, migrain, penyakit jantung dan mengendurkan saluran pernafasan dalam rawatan penyakit asma. 




Kesan Pengambilan Kafein 

Kesan pengambilan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil dan berbeza bagi setiap individu yang mengambilnya. Secara purata semakin kecil saiz atau pun berat badan seseorang itu, semakin kurang kafein yang diperlukan untuk menghasilkan kesannya. Tetapi, banyak kesan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil. Pengemar kopi selalunya memerlukan pengambilan yang tinggi untuk mencapai tahap kenikmatannya. Ini bermakna lebih banyak kafein yang diambil setiap hari maka lebih banyak yang diperlukan untuk mencapai tahap kenikmatannya.

Kafein akan memasuki sistem tubuh setelah beberapa jam mengambilnya kemudian akan keluar menerusi urin. Kafein memberikan kesan berterusan ke atas tubuh kita selagi masih berada dalam darah. Jangka masa yang diperlukan oleh tubuh untuk menyahkan separuh daripada jumlah kafein yang diambil adalah dari beberapa jam hingga ke beberapa hari. Secara puratanya bagi orang dewasa, kesannya boleh dirasai selama lima hingga tujuh jam. Terdapat beberapa faktor yang melambat jangka hayat kafein dalam tubuh kita, antaranya seseorang yang mengambil ubat-ubatan, menghidap penyakit hati dan wanita mengandung.

Oleh itu, bagi wanita mengandung pengambilan kafein hendaklah dikurangkan atau dihentikan sama sekali  kerana kafein akan meningkatkan risiko keguguran dan ketidaksuburan. Ada juga bukti yang menunjukkan kafein boleh mengakibatkan kecacatan bayi sewaktu dilahirkan.

Kafein boleh menyebabkan pesakit yang mengalami masalah jantung dan kegagalan saraf menjadi lebih teruk, dan kebanyakan pengguna tidak sedar keadaan ini boleh berlaku ke atas mereka.

Kajian telah menunjukkan bahawa kafein memberi kesan seperti penggunaan dadah perangsang yang lain. Kafein cenderung untuk merangsang otak dan sistem saraf pusat kemudiannya bertindak ke atas jantung, pembuluh darah dan buah pinggang. Salah satu simtom yang biasa dihadapi oleh pengguna ialah dehidrasi (pengeluaran air terlalu banyak daripada badan menyebabkan badan kekurangan air). Walaupun anda menganggap dengan meminum air berkafein yang banyak badan dapat mengekalkan kandungan air tersebut tetapi kafein akan bertindak sebaliknya ke atas badan. Di sini kafein bertindak mempercepatkan penghadaman dan merangsang pengeluaran air kencing yang banyak.

Dalam situasi begini adalah penting kepada remaja yang aktif bersukan dan gemar mengambil minuman berkafein agar meminum air yang tidak berkafein secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi. Dengan pengambilan kafein juga akan menyebabkan badan kehilangan kalsium serta potassium dan ini akan menyebabkan kesakitan otot dan melambatkan masa untuk rehat selepas menjalani senaman. Bagi wanita dalam peringkat menopaus  yang gemar mangambil minuman berkafein akan mempercepatkan lagi proses osteoporosis disebabkan kehilangan bahan-bahan mineral tersebut.

Walaupun kesan kafein berbeza di antara seorang pengguna dengan pengguna yang lain, pengamal perubatan menasihatkan agar mengambil tidak lebih dari 100 mg  kafein sehari, yakni lebih kurang satu cawan kopi sehari. Namun terdapat pelbagai saranan yang diutarakan oleh pelbagai pihak mengenai pengambilan kafein yang unggul. Walau apa pun saranan yang diutarakan mengenai pengambilan kafein yang unggul dapatkan  nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya kita menghidap penyakit tertentu yang mungkin alah kepada kafein.

Pengambilan pada dos 250 hingga 750mg kafein (dua hingga tujuh cawan kopi) boleh menyebabkan seseorang itu mengalami situasi cemas, letih, tidak nyenyak tidur, sakit kepala dan sakit perut. Tetapi pengambilan kafein akan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan penumpuan terhadap tugas. Namun, tidur juga akan terganggu, berasa lebih tenang dan mengurangkan rasa lesu.

Jika kafein diambil lebih dari 750mg (tujuh cawan kopi) sehari akan menyebabkan sakit kepala, lekas marah, timbulnya rasa takut dan tidak dapat tidur (insomnia). Pengambilan dos yang tinggi juga akan menyebabkan kekejangan dan mungkin diikuti dengan maut.

Kesan jangka panjang 

Ulser - Kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsangkan penghasilan asid dan peptin di dalam perut. Sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak boleh mengakibatkan perut rasa tidak selesa. Seseorang yang mengalami masalah ulser dinasihatkan tidak mengambil kopi kerana akan menyebabkan ulser menjadi lebih teruk. Tetapi, bukan kafein sahaja yang mengakibatkan terjadinya ulser. Lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk membuktikan sama ada kopi berkafein dan kopi tanpa kafein boleh menyebabkan ulser. 

Masalah Jantung – Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kafein boleh menyebabkan denyutan jantung tak menentu (cardiac arrhythmia) kepada sesetengah orang. Biasanya penghidap sakit jantung dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein sama sekali. Walaupun demikian tiada bukti menunjukkan kafein adalah faktor penyebab sakit jantung.

Ketagih - Kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika individu berbabit berhenti dari meneruskan pengambilan kafein, ia akan mengalami simtom pengunduran (withdrawal symptoms) seperti sakit kepala. Simtom ini biasa dialami oleh penggemar kopi dan sakit kepala ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga lima hari atau ia akan sembuh semula dengan meminum kopi kembali atau mengambil ubat. Kebanyakan penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kafein akan mengalami rasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk bekerja, lesu, mengantuk dan sakit kepala. 

Bagi membuang tabiat ketagihan kafein bukannya mudah. Cara yang berkesan  adalah mengurangkan pengambilan setiap hari. Amalkan minum air kosong yang banyak serta jus buah-buahan dalam sajian harian anda.


Jenis Makanan & Minuman
Kandungan Kafein (mg)
Dos
Kopi Tapis/Saring
100 – 150
satu  cawan
Kopi Segera
50 – 70
satu  cawan
Teh
30 – 90
satu  cawan
Teh Uncang
65
satu  cawan
Kopi Nyah Kafein
1 – 6
satu  cawan
Minuman Kola
72
360g
Soda Oren Sunkist
42
360g
Minuman Coklat Panas
5
satu  cawan
Kek Coklat
20 – 30
satu  potong
Ubat-ubatan


Ubat Migrain
100 mg/dos

Analgesik
15 - 40 mg/dos

Batuk/Selsema
15 – 125 mg/dos

* maklumat diatas diperolehi dariwww.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/sun/1996/sun35.html 

Friday 21 November 2014

Penyusuan... Inilah adventure nya!!!

Assalamualaikum wbt... fuhh!!! Dah lama tak menulis kat sini.... entry ni pun sebenarnya nak ditulis masa akhir Oktober lepas, tapi baru hari ni berkesempatan... bz betul iols kannnn....

Anyway, tahniah mommies yang masih gigih berusaha melengkapkan penyusuan susu ibu sehingga bayi berusia sekurangnya 2 tahun!! Alhamdulillah, saya juga masih gigih berusaha untuk si kecil baby soleh Afiq, insyaallah...

Selain daripada kerap menyusukan secara direct, makan makanan yang berkhasiat, mommies juga perlu konsisten mengepam susu sekiranya mommies bekerja. Saya percaya mommies yang bekerja dari rumah lebih selesa untu 'direct feeding' kan... tujuan murni dan ikhlas kita as mommies pasti mendapat keredhaanNya, aminnn...

Mcm mana mommies dapatkan kelengkapan dan aksesori untuk bf yer? Nak share tak?


Nampak tak budak berdua tu tengah buat ape? Haaaaa.... apa lagi.... main susun tinggi-tinggi konon nak buat menara semua kotak breastpad dan milk storage bags...

Banyakkan.... bukan apa... nak jimat postage... ni pun saya share beli dgn kawan saya yang juga bf mom. dekat www.littlewhiz.com masa ni ada offer, 10 kotak milk storage bags hanyalah RM89.90. Jadi sangat berbaloi kalau beli masa offer ni, lagipun bags ni kita nak pakai banyak. littlewhiz jugak tawarkan FREE postage untuk setiap pembelian bernilai RM200 dan ke atas.. Breastpad pun ada offer 50%, so apa tunggu lagi... rembat lah sekali 6 kotak. Memang seronok membeli belah keperluan Bf kat sini, offer nya berbaloi-baloi...

So mommies, selamat menyusukan baby dengan jayanya... jaga kesihatan diri dan family... kesihatan diri dan keluarga tak ternilai dgn wang ringgit.


Thursday 20 November 2014

Sustained Release Vita-C™ Plus

Bekalan Vitamin C Serba Semula Jadi untuk Sepanjang Hari

Kod Produk:10104 (180 tablet)
Sustained Release Vita-C adalah pilihan paling tepat yang mampu bertindak sepanjang hari bagi membekalkan semula vitamin C yang hilang daripada tubuh disebabkan oleh aktiviti harian.
Sustained Release Vita-C 500mg dengan rumusan serba semula jadi ini memenuhi keperluan vitamin C tubuh, serta amat penting untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan seluruh tubuh secara amnya.*
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi Pengedar Anda | Jusliana 0174550656
COD Alor Setar, UUM, Seberang Jaya

ESP - Soy Protein Isolate Powder

Membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi daripada tumbuhan

Kod Produk:11003 (850g)
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.
Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.
Shaklee ESP:
  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi Pengedar Anda| Jusliana 0174550656
COD Alor Setar, UUM, Seberang Jaya

Alfalfa Complex

Sumber Nutrien & Klorofil Asli

Kod Produk:10159 (330 tablet), 10162 (700 tablet)
Alfalfa ialah tumbuhan yang padat dengan segala jenis nutrien. Akar tunjangnya tumbuh sedalam enam meter bagi menyerap pelbagai nutrien dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, manakala daunnya pula mengumpulkan tahap klorofil yang tinggi melalui proses fotosintesis semula jadi.
Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Alfalfa Complex merupakan salah satu Formula Unik Shaklee yang mula dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an.
  • Sumber alfalfa semula jadi
  • Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan minuman herba asli.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka sebelum mengambil produk ini. Jika anda hamil atau menyusukan anak, sila dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan profesional anda terlebih dahulu.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi Pengedar Anda | Jusliana 0174550656
COD Alor Setar, UUM, Seberang Jaya

Collagen Powder

APAKAH KOLAGEN?
Kolagen merupakan protin yang paling banyak terdapat di dalam badn manusia. Malah, ia menyumbang kepada kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat. Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda.

SEBAB DAN KESAN KEHILANGAN KOLAGEN
Semakin usia meningkat, kolagen di dalam badan semakin berkurangan. Pengurangan kolagen menyebabkan pembentukan kedutan dan munculnya tanda-tanda penuaan lain, seperti:

  • kulit berkedut, kering dan melayut
  • kuku rapuh dan tidak kukuh
  • rambut halus dan gugur
Kemerosotan semulajadi ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan. Pengambilan tetap makanan tambahan kolagen dapat menggantikan kolagen yang hilang dan memelihara kulit. Faedah-faedah makanan tambahan kolagen termasuk dapat menyegarkan semula kulit sihat, mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan, menguatkan kuku dan menyuburkan rambut.

Halangi tanda awal penuaan dengan memperlahankannya melalui pengambilan suplemen kolagen. Jika anda anda ingin mempunyai kehidupan yang hebat, rasa lebih muda, jagalah kesihatan dan berikan tubuh anda bekalan kolagen yang mencukupi.

TAHUKAH ANDA???
Kolagen membentuk 90% protin matriks tulang-tulang dan dua per tiga dewasa tulang rawan artikular. Oleh itu, kehilangan kolagen juga boleh menjejaskan kesihatan tulang-tulang dan sesendi anda.

Suplemen kolagen pilihan saya??
Semestinya SHAKLEE Collagen Powder yang mengandungi 7 Bahan Utama termasuk ekstrak biji benih CAMELLIA JAPONICA, ekstrak PFAFIA, kolagen IKAN, ekstrak kerang-kerangan, LACTOBACILLUS ACIDOPHILUS, Vitamin C dan Vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.


Untuk kulit yang tampil lebih muda dan lebih sihat

Kod Produk:11000 (15 sachets)
Shaklee Collagen Powder ialah suplemen kolagen tercanggih yang mengandungi 4,000mg ekstrak Kolagen RSS (Red Snapper Scale) proprietari yang tulen dan berkualiti tinggi daripada sisik ikan merah. Kolagen Shaklee mempunyai molekul yang amat ringan, lebih kurang 1,000 Dalton*, menyebabkannya mudah diserap oleh tubuh bagi merangsang sintesis kolagen pada lapisan dermis.
Bagi meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyerlahkan kecantikan dalaman anda, produk kolagen kami dirumus dengan tujuh bahan utama termasuk ekstrak biji Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B.
Shaklee Collagen Powder mudah larut dan boleh dicampurkan ke dalam makanan dan minuman kegemaran anda. Setiap sajian dibungkus dalam paket berasingan untuk pengambilan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
* Berat molekul kolagen diukur dalam Dalton.

Hubungi Pengedar Anda... Jusliana | 0174550656
COD Alor Setar, UUM, Seberang Jaya


Thursday 23 October 2014

Order SHAKLEE berdesupppp!!!!

Alhamdulillah.... dah petang hari ni baru sempat update blog.. macam banyak sangat nak cerita tapi belum sempat nak tulis semua... jadi kita simpan dulu point2 penting yang nak share kat sini. bukan apa, sejak beranak 3 ni... banyak wayar putus... haha.. kalo dah tulis tu insyaallah ingat ler..

Macam yang sahabat2 semua tahu, yang saya sekarang bekerja jauh dari rumah, lebih kurang 200km pergi balik kerja setiap hari... cabaran baru untuk kami sekeluarga. Setiap pagi, suami yang terpaksa uruskan anak2 ke sekolah dan nurseri masing-masing sebab mommy nye dah keluar rumah lepas solat subuh.

Allah itu maha adil. Walaupun cabaran ulang alik ke tempat kerja perlukan belanja yang besar, digantikanNya dengan order SHAKLEE yang menderu-deru. Dan kebanyakan order adalah COD di kawasan rumah dan kawasan ofis. Banyak yang dapat ditampung dengan hasil jualan Shaklee. Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi berkongsi kebaikan Shaklee bersama saya. Insyaallah saya akan berikan konsultansi yang berterusan selagi kawan2 memerlukannya dari saya.

Kalau ada sahabat2 blogger nak sama2 dapatkan income daripada Shaklee pun boleh... PM saya aje, jangan segan2 dalam menuju kejayaan, insyaallah.

Kalau sahabat2 blogger nak order SHAKLEE daripada saya pun boleh, sangatlah dialu-alukan :)

Nak COD?
Boleh.......... Alor Setar/ Seberang Jaya/ UUM
SMS/ WhatsApp 0174550656 Jusliana
Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia

#s2ufamilies #s2united