HARGA MENJUNAM!!!

APA YANG SAYA NAK OFFER???
***5 SET BASIC BREASTFEEDING (ALFALFA + ESP)
***7 SET CANTIK BASIC (SR VITA C + ESP)
SIAPA NAK UNTUNG BERGANDA WHATSAPP SAYA 0174550656 (JUSLIANA)
***WHILE STOCK LAST!!!
ini adalah offer peribadi saya, tiada kena mengena dgn pihak ke3...

Thursday 23 October 2014

Order SHAKLEE berdesupppp!!!!

Alhamdulillah.... dah petang hari ni baru sempat update blog.. macam banyak sangat nak cerita tapi belum sempat nak tulis semua... jadi kita simpan dulu point2 penting yang nak share kat sini. bukan apa, sejak beranak 3 ni... banyak wayar putus... haha.. kalo dah tulis tu insyaallah ingat ler..

Macam yang sahabat2 semua tahu, yang saya sekarang bekerja jauh dari rumah, lebih kurang 200km pergi balik kerja setiap hari... cabaran baru untuk kami sekeluarga. Setiap pagi, suami yang terpaksa uruskan anak2 ke sekolah dan nurseri masing-masing sebab mommy nye dah keluar rumah lepas solat subuh.

Allah itu maha adil. Walaupun cabaran ulang alik ke tempat kerja perlukan belanja yang besar, digantikanNya dengan order SHAKLEE yang menderu-deru. Dan kebanyakan order adalah COD di kawasan rumah dan kawasan ofis. Banyak yang dapat ditampung dengan hasil jualan Shaklee. Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi berkongsi kebaikan Shaklee bersama saya. Insyaallah saya akan berikan konsultansi yang berterusan selagi kawan2 memerlukannya dari saya.

Kalau ada sahabat2 blogger nak sama2 dapatkan income daripada Shaklee pun boleh... PM saya aje, jangan segan2 dalam menuju kejayaan, insyaallah.

Kalau sahabat2 blogger nak order SHAKLEE daripada saya pun boleh, sangatlah dialu-alukan :)

Nak COD?
Boleh.......... Alor Setar/ Seberang Jaya/ UUM
SMS/ WhatsApp 0174550656 Jusliana
Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia

#s2ufamilies #s2united


Wednesday 22 October 2014

Manfaat Cuti

Assalamualaikum wbt. .. selamat menyambut hari Deepavali utk sahabat yg meraikannya. Selamat beristirehat bersama keluarga tersayang utk yg bercuti hari ni...

Peluang cuti sehari sememangnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh kami. Tak perlu ke tempat yg jauh... cukup sekadar dengan bersiar2 sekeluarga. 

Apa yg menariknya... hari ni kami sempat ziarah saudara yg sedang tenat... juga sempat ziarah sedara yg baru pulang dari menunaikan haji. Jadi, peluang cuti hari ni betul2 digunakan utk rapatkan ukhuwah kami. Anak2 pun seronok sebab kitorg ada bersama.... almaklum... sejak cuti hujung minggu tak sama dgn en hubby ni... mmg terasa sgt berharga bila ade peluang cuti sama ni.

Si baby pun xnak tido kt umah tau.. tapi masuk je keta, terus lena kt pangku saya... semoga ikatan keluarga kami akan terus erat.... aminnn



Happy Deewali!!! 😊😊

Pengedar Shaklee Anda
COD Alor Setar / Seberang Jaya
SMS / WhatsApp 0174550656
Jusliana Jaafar

Nak Kulit Cantik???

Relaks!! Kalau kulit muka berjerawat.... berentilah dari lakukan rawatan2 yg berlebihan. Rawatan2 yg berlebihan ni akan buatkan keadaan kulit wajah bertambah teruk.

Sebaliknya... cukup sekadar dengan rutin mencuci muka 2kali sehari dgn pencuci yg berunsur ringan, tidak mengandungi bahan kimia. Boleh juga pilih yg mengandungi salicylic acid kerana ia mampu menyingkirkan lebihan minyak dan kekotoran yg tersumbat di dalam liang pori. Seterusnya cuba sapu sedikit benzoyl peroxide pd bahagian yg bermasalah.

Jika jerawat sering berulang, cuba utk ambil prescription retinoids dan lakukan scrub. Tapi jgn pulak scrub kt tempat jerawat tau, nanti jerawat lebih teruk..... Kedua2 kaedah ni boleh mengekalkan kehalusan kulit.

Paling bagus, amalkan pengambilan makanan yg sihat, minum air kosong yg mencukupi (at least 3liter perday) dan dapatkan rehat yang cukup.

Saya adalah pengedar sah shaklee di seluruh Malaysia
COD Alor Setar / Seberang Jaya
SMS / WhatsApp 0174550656 Jusliana

Tinggalkan FAMILY untuk KERJA

Wahhhh...... baru 2 minggu travel Alor Setar - Penang - Alor Setar... taaaapi badan rasa macam penatnyerrr... boleh ke nak bertahan untuk 2 tahun ni yer???

Saya baru je dinaikkan pangkat.. Alhamdulillah. Atas dasar kerajaan yg baru, setiap kenaikan akan diikuti dengan perintah pertukaran. Tak kiralah ditukar ke mana... semenanjung ke semenanjung ke... Semenanjung ke borneo ke.... Borneo ke Semenanjung ke.... semuanya ada.. mungkin ade la sorang dua yang dapat kekal di negeri bertugas yang sama, yang lain???? Selamatlah berpindah randah...

Saya sendiri ditukarkan dari Kedah ke Pulau Pinang. Alhamdulillah masih lagi dgn jarak yang membolehkan saya berulang alik setiap hari. Cuma.. sefiakan fulus yg lebih lerrr... hihi. ..

Jauh tuuuuu..... tak penat ke?

Ramai yang aju soklan tu ke saya... Penat... Memang penat... Saya keluar paling awal dari rumah, saya jugak yg balik paling lambat... Terima kasih sgt2 en suami tolong uruskan anak ke sekolah dan nurseri. Sebab anak2 lah saya sanggup berulang alik setiap hari. Walau badan penat tapi kebajikan anak2 perlulah jadi keutamaan..

Dengan 3 orang anak.... sorang dah sekolah rendah, sorang nurseri berumur 3thn dan sorang baby baru berusia hampir 4 bulan yg masih fully breastfeed... pun terpaksa ikut abahnya ke nurseri di ofis abah, saya sanggup travel 100km utk ke tempat kerja.

Saya simpati pada kawan2 yg terpaksa berpisah dgn keluarga atas tuntutan kerja. Jika diberi pilihan semestinya lah kita semua nak terus bersama kelurga... ye dak?

Semoga sahabat2 semua mendoakan kami tabah dengan setiap ujian. Amin...

Wednesday 8 October 2014

7 Alasan untuk minum ESP

Sebab ianya:
#1- dihasilkan dari soya yg berbentuk Non GMO (Tanpa Pengubahsuaian genetik) tentulah memberian kualiti terbaik.
#2- dilengkapi dengan 9 jenis amino asid penting, bebas kolesterol dan rendah lemak.
#3- terbukti secara klinikal dpt mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
#4- membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yg teratur.
#5- mengandungi paras glisemik yg rendah utk membantu mengekalkan paras gula normal dlm darah.
#6- membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.
#7- juga mengandungi 500mg kalsium bg setiap 14g hidangannya utk menyokong kebaikan soya.

Best kan? Anda ada 7 alasan yg sempurna utk terus mengamalkan pengambilan ESP dlm diet harian anda....
Saya percaya anda juga sangat suka ESP dan khasiatnya...
NOW!!! BUY 6 .. Anda layak mendapat
#1- ESP 1 Canister for sure PERCUMA utk pembelian 6 Canister ESP (Bernilai RM150)
#2- Keahlian PERCUMA (Bernilai RM65)
#3- Pembelian Produk dengan Harga Ahli (Jimat RM174)
#4- Peluang untuk memulakan bisnes SHAKLEE (Tak Ternilai)

#5- CASH REBATE berjumlah RM36++ bulan berikutnya

Berapa anda dapat JIMAT dengan promo ini??? +/- RM420

Tak hairanlah teman saya yang tinggal di German pun rebut peluang ni.... Beliau baru sahaja order 1 SET PROMO ESP utk KELUARGA nya di Malaysia...
Kalau yang tinggal jauh pun REBUT PELUANG ni.... anda yg dok kt Malaysia ni... ape tunggu lagi? Untuk pengetahuan, PROMO ESP ni tak ada sepanjang tahun 2013 tau....

Nak join penjimatan hebat ni?
PM Jusliana Jaafar | SID 862684
SMS/ WhatsApp 0174550656

Suplemen untuk BREASTFEEDING MOM

Seringkali ibu-ibu mengeluh yang pengeluaran susu semakin berkurangan dan tak mencukupi untuk si anak. Tak kurang juga yang memang meriah susunya... Alhamdulillah, saya ambil kesempatan ni untuk berkongsi sedikit tips untuk menggalakkan pengeluaran susu ibu. Antaranya ialah dengan mengamalkan pengambilan suplemen. Saya percaya dengan suplemen keluaran Shaklee, sebab saya sendiri amalkan sejak tahun 2011 secara konsisten.

Tetapi, jangan salah anggap, tidak semestinya suplemen ni akan buatkan pengeluaran susu akan naik mendadak. sebenarnya, amalan pengambilan suplemen ni untuk memastikan ibu sentiasa sihat, badan sentiasa bertenaga dan tidak penat/ lelah dengan kerja-kerja harian... Seterusnya hati ibu pun tenang, gembira, jadi susu pun takde lah malu-malu nak keluar kan... hihi.. ada ke istilah susu malu nak keluar.. 

Konsep penyusuan tetap sama, supply vs demand. Kalau anak kuat/kerap menyusu, maka keraplah susu dihasilkan. kalau anak dah mula kurang menyusu, pengeluaran susu juga akan semakin berkurangan. sesuai dengan keperluan si anak. 


 Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

 B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

 Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh

 Alfalfa : raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU. Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan…secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.

 Kalsium@ Ostematrix :
Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.


 ESP @ Energizing Soy Protein :
Kompisis vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Setiap pembelian akan disertakan dengan jadual pengambilan dan konsultasi berterusan KHAS untuk pelanggan Fan Page HealthThoughts & Blog CergasCantikCeria untuk mendapatkan hasil yang optimum.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

SMS/ WhatsApp Jusliana Jaafar | 0174550656

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG

Assalamualaikum wbt. ...
Sebagai umat islam yang beriman, kita dituntut untuk mendirikan solat. .. yang wajib 5waktu sehari semalam.. yang sunat... ada banyaaaakkk... tinggal kita ni rajin ke tak nk rebut peluang untuk tambah pahala...

Ramai antara kita terlalu sibuk dengan urusan duniawi, kadang2 terbawa2 ketika solat... saya akui saya juga kadang2 hilang khusyuk ketika solat. Jadi, saya berharap sangat artikel yang saya share ni boleh bantu kita semua untuk lebih khusyuk sewaktu mengadapNya...

Ini adalah forwarded artikel yg saya dapat melalui WhatsApp. .

****
Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari
melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak
memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah.
Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa
saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil
wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk
bertemu denganNya secara formal.

Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan
kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran
bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.
Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya
Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit
dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya
Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah,
hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan
untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita
berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita
komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk ya Allah.”

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan
Penyayang ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah.
Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami
mohon pertolongan ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan
bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah. Terima kasih yang datang dari hati ini.

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.
Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping
fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung.

Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan
solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN..bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yang sering ingin dipuji?
Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini
kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi.
Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita
mengharapkan redha Allah semata-mata.

Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”

Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian
itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya.
Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah… mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.

“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”

“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”

“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”

“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak
mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan
kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup).

“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”

“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”

“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”

“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”

Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan
lebih berserah kita padaNya.

****
Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan
solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah
sama sejak kita  mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah
sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.

Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu-tunggu.

Dari tinta Dr Fuad Latip
5 Sept 2014.