HARGA MENJUNAM!!!

APA YANG SAYA NAK OFFER???
***5 SET BASIC BREASTFEEDING (ALFALFA + ESP)
***7 SET CANTIK BASIC (SR VITA C + ESP)
SIAPA NAK UNTUNG BERGANDA WHATSAPP SAYA 0174550656 (JUSLIANA)
***WHILE STOCK LAST!!!
ini adalah offer peribadi saya, tiada kena mengena dgn pihak ke3...

Thursday 20 March 2014

KAFEIN DAN IBU HAMIL

Assalamualaikum wbt...
Anda hamil? Pengalaman hamil seronok kan? Tapi laaagiii seronok kalau ibu2 hamil tahu 'the do's' dan 'the don't' semasa hamil kan....saya adalah seorang peminat minuman berkafein... kopi... teh... nescafe... 'i'm addicted to it'... setiap hari rasanya macam tak lengkap kalau tak minum nescafe... atau kopi... atau teh... minum dengan susu lagi bestttt!!!! Syhhhhh.... saya hamil 27minggu dan sekarang ni saya sedang menikmati segelas teh ais yang saya bancuh sendiri.... hihihi.... 

Taaaapi tahukah anda berapa jumlah kafein yang boleh diambil setiap hari? Pakar mencadangkan wanita hamil mengambil tidak lebih daripada 200mg kafein sehari. Ini bersamaan dengan dua cawan besar kopi atau empat cawan kecil teh atau lima tin minuman kola sehari. Minuman kola??? for me.. its a BIG NO... pelik kan... teh, kopi dan nescafe saya rembat tapi minuman kola saya elakkan.... kenapa??? salah satu faktor yang terang-terang saya tak suka ialah kandungan gulanya yang tinggi... okeh... back to the topic, for now kita tinggalkan dulu hal minuman kola ni... entry kali ni kita refer pada minuman berkafein aje yer...

Petikan daripada 'Babycenter: Artikel Kafein dan Kehamilan'
Kafein ni sebenarnya ialah sejenis stimulan. Ia meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme, dan ini boleh menjejaskan bayi anda yang sedang berkembang. Walaupun begitu, sedikit stres pada bayi, seperti apa yang bayi anda rasakan selepas anda minum secawan kopi, tidak membahayakannya. Ia serupa dengan apa yang berlaku apabila anda meluru masuk ke dalam bas, satu lagi situasi yang meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme seketika. 

Sesiapa yang kerap minum kopi tahu bahawa mereka boleh jadi ketagih dan jika terlalu banyak boleh menyebabkan insomnia, keresahan dan sakit kepala. Ia juga bersifat diuretik, iaitu ia membuatkan anda perlu sering membuang air dan ini boleh menyebabkan badan anda kehilangan air dan cecair lain yang kesemuanya perlu untuk mengekalkan kesihatan anda semasa hamil. 

Teh dan kopi juga boleh menjejaskan keupayaan badan menyerap zat besi jika anda meminumnya semasa makan atau dalam masa sejam selepas waktu makan. Bila zat besi dalam badan berkurangan, kandungan hemoglobin (hb) juga akan menurun..... oksigen di dalam darah juga berkurangan... inilah yang membahayakan apabila oksigen yang disalurkan kepada bayi tidak mencukupi...

 Jumlah kafein dalam secawan kopi dan teh berbeza-beza bergantung kepada samada kopi itu ditumbuk atau daun teh itu direndam atau adakah ia kopi atau teh segera. Ia juga bergantung kepada kepekatannya. Kola dan minuman-minuman lain juga berbeza kandungan kafeinnya. Lihatlah senarai di bawah untuk mengetahui purata jumlah kafein dalam beberapa jenis makanan dan minuman. Anda mungkin terkejut bagaimana mudahnya anda boleh mendapat kafein dalam dos tinggi. 
  • 1 cawan besar kopi segera = 100mg
  • 1 cawan kecil kopi segera = 75mg
  • 1 cawan kecil kopi dibru = 100mg
  • 1 cawan kecil teh = 50g
  • 1 tin minuman kola = 40mg
  • 1 tin minuman tenaga = 80mg
  • 1 x 50g kepingan coklat biasa = sehingga 50mg
  • 1 x 50g kepingan coklat susu = sehingga 25mg

Ingatlah bahawa kandungan kafein dalam espreso dan espreso berasaskan kopi seperti kapucino dan late adalah bergantung kepada kedai yang menjualnya. Satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein berbeza daripada 50mg setiap espreso di satu kedai kepada setinggi 300mg bagi setiap espreso di kedai lain.

____________________________________________________________________________________________
Bukan langsung tak boleh minum kopi atau teh... tapi minumlah dengan kadar yang tak membahayakan anda dan bayi anda... tingkatkan pengambilan air masak anda untuk menggantikan kadar air yang hilang akibat kafein ini... ini pendapat peribadi saya yer...

Nak kurangkan kafein? Boleh juga cuba rendam teh dgn kadar yg sekejap sahaja...
Kalau terus nak berhenti dari mengambil kafein? itu lebih baik... 

Semoga anda semua sihat dan selamat yer, insyallah...




Sharing is caring
www.facebook.com/HealthThoughts
Jusliana | Pengedar Shaklee Alor Setar/ Jitra/ UUM
SMS/ WhatsApp 017-4550656

Tuesday 18 March 2014

PEDIH ULU HATI KETIKA HAMIL



Pedih Ulu Hati, juga dikenali sebagai gastroesophageal penyakit refluks (GERD) adalah disebabkan oleh isi kandungan perut yang undur ke belakang sehingga ke dalam esofagus, iaitu salur pemakanan yang membawa makanan dari mulut ke perut anda. Apabila ini berlaku, asid perut memberi iritasi kepada lapisan esofagus menyebabkan anda rasa pedih dan seperti terbakar pada ulu hati. Ia berlaku pada sesetengah daripada wanita hamil dan kerap dikelirukan dengan simtom penyakit jantung.

Punca Terjadi Pedih Ulu Hati
Rembesan hormon Progesteron menyebabkan sistem pencernaan menjadi perlahan dan perut mengambil masa yang lebih lama untuk mengosongkan makanan. Ini untuk memastikan serapan maksima nutrien dan zat makanan ke dalam darah untuk menyokong tumbesaran bayi.
Walau bagaimanapun, perubahan hormon ini juga menyebabkan otot esofagus menjadi longgar dan menyebabkan asid perut naik ke dalam esofagus yang menyebabkan rasa sakit pada ulu hati.
Disebabkan perut yang semakin membesar, perut akan tertolak ke atas dan menjadi mampat. Hasil dari tekanan ini akan memaksa asid perut undur ke belakang dan seterusnya menyebabkan sakit ulu hati.
Gejala tipikal kesan daripada sakit Ulu Hati termasuklah ketidakselesaan, pedih  atau rasa panas pada tulang dada. Pesakit juga kerap mengadu rasa senak, rasa masam di tekak, kerap sendawa dan rasa kembung walaupun cuma memakan sedikit makanan.
Simtom ini akan lebih kerap terasa apabila berada dalam kedudukan berbaring dan semasa menundukkan badan.

Pencegahan dan penjagaan diri untuk pedih ulu hati
Pedih ulu hati memang tidak menyenangkan, tetapi anda boleh mengambil langkah-langkah di bawah untuk mengurangkan ia dari terjadi dengan lebih kerap.
• Makan makanan pada kuantiti yang kecil tetapi dengan kadar yang lebih kerap.
• Sediakan dairi pemakanan, pastikan makanan mana yang kerap memberikan masalah dan elak daripada memakannya.
• Menjauhkan diri daripada makanan berlemak, berminyak atau digoreng.
• Kurangkan minuman berkafin seperti kopi, teh dan coklat
• Jangan minum air berkarbonat, makanan yang sangat manis atau berasid seperti buah-buahan sitrus seperti limau.
• Banyakkan minum air terutamanya air putih.
• Duduk dengan postur yang baik dan elak dari membongkok. Bengkok pada lutut bukan pada pinggang.
• Tunggu satu jam atau lebih lama selepas makan sebelum anda berbaring.
• Elakkan makan selama 2-3 jam sebelum anda masuk tidur. Perut yang kosong mengurangkan rembesan asid dalam perut.
• Elakkan dari berbaring rata. Apabila berehat atau tidur, sokong badan anda supaya kepala dan bahu lebih tinggi.
• Jangan merokok dan meminum alkohol.

Ibu2 hamil digalakkan untuk mengambil kalsium dan zat besi yang mencukupi sebagai langkah untuk mengawal pedih ulu hati...

Sharing is caring
www.facebook.com/HealthThoughts
Jusliana | Pengedar Shaklee Alor Setar/ Jitra/ UUM
SMS/ WhatsApp 017-4550656



Wednesday 12 March 2014

MH370 DI MANA KAMU

Assalamualaikum wbt...
7 Mac 2014... pagi sabtu yang hening... kita digemparkan dengan kehilangan MH370, Pesawat Boeing 777 dari KL ke Beijing, China... hilang tanpa boleh dikesan oleh radar selepas sejam (lebih kurang) ianya berlepas dari lapangan terbang KLIA....

Saya bukan nya bijak pandai... bukannya pakar dalam selok belok ilmu penerbangan... tapi yang pasti saya adalah rakyat Malaysia... of course saya inginkan yang terbaik untuk semua penumpang2 MH370 bersama-sama anak kapal nya....

Sehingga ke hari ini... masih lagi tiada khabar... hilangnya langsung tak tinggalkan jejak... Allahhuakbar...
Hanya Allah SWT yg mengetahui rahsia di sebalik kejadian ini.. kita sebagai hambanya hanya perlu berusaha, memohon doa supaya setiap usaha kita membuahkan hasil... berdoa harapkan keajaiban akan berlaku... 

"Ya Allah, Kau permudahkanlah kami dalam usaha mencari pesawat MH370.. Kau temukanlah kami dengan pesawat MH370. Ya Allah, Kau selamatkanlah seisi pesawat MH370, Kau ringankanlah beban yang ditanggung oleh ahli keluarga MH370. Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau lah yang maha mengetahui segalanya... dengan kuasa Mu sahajalah segalanya berlaku di dunia ini. Tunjukkanlah kami arah di mana pesawat MH370 berada, Ya Allah... Amin... Ya Rabbal Alamin...."

Tak perlu tekaan-tekaan dan teori-teori tambahan... apa yg perlu kita lakukan sekarang ini ialah berdoa agar semua ini berakhir... semoga berakhir dengan berita yang baik... insyaallah...

#DoaUntukMH370

Salam Sayang
Jusliana
#ShakleeIndependentDistributor
#CODAlorSetarJitraChanglunUUM

Tuesday 11 March 2014

PROMOSI ESP: Energising Soy Protein


PROMO!! PROMO!! PROMO!!
PROMO ESP SEPANJANG MAC 2014

Energising Soy Protein (ESP) istimewa untuk anda yang ingin sihat bagi tujuan:

#hamil
#menyusu
#berpantang
#menambah tenaga
#mengawal berat badan
#mengawal paras gula/ diabetes
#mengawal tekanan darah

Harga Jualan RM150 + RM10 (penghantaran)

Anda lebih JIMAT dengan promosi
BUY 6 FREE 1

Harga 6 tin = RM900
Harga PROMOSI ESP???? 

Anda JIMAT = sehingga 20%!!!

Nanti dulu, ada lagi yang anda dapat:
1 tin ESP = RM150
Free Membership =  RM65
Cashback Bonus = RM37

TOTAL PENJIMATAN = melebihi RM400!!!

Anda juga berpeluang menjana pendapatan bersama SHAKLEE. Nilainya??? 3-4-5 malah 6 angka SETIAP BULAN juga anda MAMPU sekiranya anda betul2 MINAT, BERUSAHA dan RAJIN untuk BERJAYA...

Apa lagi yang hebat dengan menjadi ahli SHAKLEE???
Hubungi saya untuk maklumat lanjut..

Jusliana Jaafar | Shaklee Independent Distributor 862684
SMS/ WhatsApp 0174550656




Sunday 9 March 2014

Pengedar Sah SHAKLEE di Alor Setar, Jitra, Changlun dan UUM

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di Seluruh Malaysia... COD sekitar Alor Setar, Jitra, Changlun dan UUM. Saya bersedia berkongsi maklumat kesihatan dengan anda semua...

Setiap pembelian produk SHAKLEE melalui saya, anda layak mendapat konsultansi percuma dari saya EKSKLUSIF hanya untuk customers saya SAHAJA tau.....

Hubungi Saya,
Jusliana Jaafar | SID 862684
SMS/ WhatsApp 017-4550656

www.facebook.com/HealthThoughts

Sharing is Caring.... hidup menjadi lebih indah bila kita sekeluarga sihat... !!!

Salam Sayang,
Jusliana.....