HARGA MENJUNAM!!!

APA YANG SAYA NAK OFFER???
***5 SET BASIC BREASTFEEDING (ALFALFA + ESP)
***7 SET CANTIK BASIC (SR VITA C + ESP)
SIAPA NAK UNTUNG BERGANDA WHATSAPP SAYA 0174550656 (JUSLIANA)
***WHILE STOCK LAST!!!
ini adalah offer peribadi saya, tiada kena mengena dgn pihak ke3...

Sunday 13 April 2014

Syurga Kecil Kami

Alhamdulillah.....
Syurga kecil kami dahpun dalam fasa pertama pembinaan... Thanx to our cousin merangkap our contractor.. Segalanya bermula awal Mac lepas. Pelan kasar awal nye saya dan suami reka sendiri. Ikut suka nak letak... berapa bilik nak buat, berapa bilik air nak, kat mana ruang tamu, kat mana dapur, kat mana pintu masuk, kat mana sliding door... semuanya kitorang lukis...

Susah ke nak lukis pelan ni? hehe, untuk rumah kampung macam kitorang punye ni takdelah susah, buat guna microsoft excel ajer... anggarkan ukuran yang dalam bajet kitorang nak, pastu pepandai ler nak edit buh bilik dan ruang lain kat mana2 yang rasa berkenan.

Rumah kitorang impikan ni tak sebesar mana... hanya 1000sqft sahaja, sesuai dengan bajet yang ada... sebab memasing dah buat loan rumah gomen kan (sebelum ni kitorang beli rumah guna loan gomen n sewakan)... Jadi bila nak buat rumah sendiri atas tanah sendiri (hakmilik familysebenarnya... kikiki) kenalah ikut bajet personal loan yang lepas ajer...

Keluasan rumah agak kecik sebenarnya, tapi berangan nak 4 bilik gak. Apa yang kitorang buat ialah, bilik utama tu kasi besar sikit aje dari bilik lain, bilik lain tu pulak ngam untuk sebuah katil dan almari aje. Dapur kitorang kecikkan, bilik utiliti pun kitorang kecikkan... yang penting kitorang nak ruang tamu agak selesa kalo nak guna waktu bacaan tahlil, atau kenduri kendara kecil-kecilan...

Tadi pagi kitorang gi melawat tapak rumah, alhamdulillah fasa pertama pembinaan tapak dah hampir selesai..

Friday 11 April 2014

Testimoni Ostematrix dan Advanced Joint Health Tablet


Alhamdulillah, berkat konsisten mengamalkan Ostematrix dan Advanced Joint Health Tablet, boleh mengurangkan radang sendi. Saya juga tumpang happy untuk customer Master Zura Betty ni... Ye lah kan, bila dah hilang radang sendi, beliau dah boleh dukung anak dengan lebih lama, hati pun gembira sebab tak perlu tahan sakit... insyaallah, segalanya terjadi dengan izin Allah jua...  tapi kita perlu berusaha untuk menjadi ke arah yang lebih baik. 



Niat suci puan ni untuk bantu ibu mertua supaya lebih sihat akhirnya membuahkan hasil. Beliau menghadiahkan Ostematrix dan Advanced Joint Health kepada ibu mertua untuk mengurangkan sakit lutut dan rasa tak selesa ketika menunaikan solat tarawih. Usaha beliau berjaya bila ibu mertua beliau rasa sangat selesa selepas amalkan OSTEMATRIX dan ADVANCED JOINT HEALTH yang beliau hadiahkan. Tak susah nak bagi parents dan parents in law kita happy kan... hadiahkan kesihatan yang lebih baik kepada diorang, insyaallah selain disayangi mereka, kita juga dapat kkumpul pahala untuk ke sana nanti... insyaallah...

Anda pun nak jadi seperti mereka di atas ni?
Boleh PM saya di www.facebook.com/HealthThoughts | Jusliana
Pengedar Sah Shaklee Seluruh Malaysia
COD Alor Setar/ Jitra/ Changlun/ UUM
SMS/ WhatsApp 0174550656

Testimoni Set PENJAGAAN KULIT

SKINCARE SET recommended by HealthThoughts
Dengan penggunaan Set Asas Penjagaan Kulit iaitu Vitamin C, Vitamin E, Alfalfa dan ESP...Alhamdulillah dengan izinNya kulit bermasalah saya suatu waktu dahulu dah pulih hampir 100%.
Gambar sebelum tu adalah gambar saya di awal tahun 2011, manakala gambar selepas tu ialah gambar saya penghujung tahun 2012. Saya mula mengamalkan skincare set secara serius pada Mei 2012, setelah hampir 7 bulan menggunakan produk SHAKLEE, saya sangat berpuas hati.. Set penjagaan kulit yang saya amalkan ialah ESP, Vita C, Vita E, GLA
Kedua-dua gambar ni diambil dgn menggunakan kamera di telepon ajer, xde n x reti nk mengedit pun... hanya sekadar crop utk amik bahagian yg perlu ajer..






Testimoni anak kpd Shaklee Distributor.
Terbakar dekat muka masa bakar sampah. Maknya tak perasan dlm tu ada tin spray ambi pur. Tin tu meletup dan kena dekat muka anak beliau. 
“Smlm pegi klinik doktor ngan nurse pun terkejut.cepatnya kulit dh recover.ckp guna SHAKLEE doktor pun senyum.hehehe.doktor pun ckp shaklee bagus..heheheh suka dengar.
Gambar ni lps sebulan sapu vit e.kulit dh hampir sekata.kening pun dh back to normal. Gambar lama boleh refer dlm fb liza yer.”

Dalaman bg MEALSHAKE + CHEWABLE VITA-C
Luaran BASIC H + HERBAL CREAM
Kulit dh mengelupas habis br sapu VITAMIN E COMPLEX 
Mealshake dgn Chewable Vita-C still continue

Credit to @haziq qaisara




Ada jugak anak2 yang terluka waktu terjatuh... tinggal parut... sayangnya kalau parut tu tak hilangkan... saya ada nak share jugak budak yang hilang parut luka nya selepas maknya bagi suplemen Shaklee...




Ada banyak lagi testimoni untuk set penjagaan kulit ni... tapi saya rasa cukuplah setakat ni dulu.. yang lain2 kita masuk entry lain kalo sempat, hehe... ni pun entry selepas 4hari kot ek.. mokcik ni bz bebenor ngalahkan menteri ler puloks.. hihihi..

Enjoy....
Kalau nak cuba set penjagaan kulit ni, boleh bincang dengan saya apa yang anda perlukan, saya cadangkan ikut keperluan, tak semestinya semua yang testimoni kat atas amik, anda pun kena amik...

boleh directly 
WhatsApp 0174550656 | 
Jusliana | Pengedar Shaklee anda seluruh Malaysia
COD Alor Setar/ Jitra/ Changlun/ UUM

Monday 7 April 2014

KEPERLUAN ZAT KHUSUS SEMASA HAMIL

Keperluan nutrien harian telahpun disiapkan di dalam bentuk Piramid Makanan, namun berapa ramai antara kita semua mampu mengambil makanan seperti yang disarankan di dalam piramid tersebut. Malah, berapa yakin kita kepada keaslian makanan tersebut di zaman serba moden ini. Ekonomi dunia berkembang dengan pesat, begitu juga dengan industri makanan. Kebanyakan sumber-sumber makanan harian kita sekarang ini menggunakan teknologi moden dan pelbagai bahan kimia digunakan semasa menghasilkan makanan mentah, separa masak termasuklah juga ayam, ikan, daging, sayur dan buah. 

Atas kecanggihan teknologi industri makanan inilah membuatkan kita perlu menitikberatkan soal kesihatan dengan mendalam lagi.... vitamin dan mineral yang mencukupi oleh badan membantu sistem badan kita berjalan dengan teratur dan menjadikan sel-sel badan kita sihat.

Apatah lagi, kebanyakan vitamin dan mineral diperlukan dalam kuantiti yang lebih tinggi semasa mengandung. Ini bagaimanapun tidak termasuk vitamin A, yang boleh dibuat sendiri oleh badan kita daripada simpanan beta carotena di dalam badan.

Antara Vitamin dan Mineral yang sangat-sangat diperlukan oleh ibu hamil adalah seperti disenaraikan di bawah:

1 - Folate
Folate adalah sejenis vitamin B yang penting untuk:
bullet
pembentukan sel-sel darah merah.
bullet
pembentukan neural tube bayi.

Ibu mengandung perlu mengambil lebih kurang 600mcg folate setiap hari. Jumlah yang diperlukan oleh wanita yang tidak mengandung ialah lebih kurang 400mcg sahaja. Ini bermakna keperluan untuk folate meningkat 50% semasa mengandung. Kekurangan folate semasa mengandung akan menyebabkan kandungan darah merah yang rendah. Keadaan ini dipanggil anaemia.

Pembentukan darah tambahan dan sel-sel tisu giat berlaku pada bayi. Ini memerlukan jumlah folate yang bertambah. Keperluan folate meningkat lebih tinggi sekiranya anak kembar yang dikandung. Begitu juga, wanita yang hamil dalam jarak masa yang singkat perlu memastikan kandungan folate yang cukup kerana mereka mempunyai simpanan folate yang rendah di dalam badan mereka.

Kajian juga telah mengaitkan kekurangan folate dengan masalah yang dikenali sebagai neural tube defects, iaitu sejenis keadaan di mana berlaku kecacatan pada saluran saraf bayi, yang menyebabkan kecacatan otak dan saraf tunjang (spina bifida). Masalah ini boleh berlaku semasa awal kehamilan, oleh itu wanita yang merancang untuk mengandung dinasihatkan mengambil folate seawal yang mugkin.

Sumber-sumber utama folate ialah sayur-sayuran hijau, buah-buahan dan kekacang. Folate mudah dirosakkan sekiranya sayur-sayuran diproses atau dimasak lama. Oleh itu, pengambilan sayur-sayuran yang segar atau separa-masak bolehlah diamalkan.

Selain itu, anda juga boleh mengambil folate yang kini tersedia di dalam bentuk pil (dikenali sebagai asid folik) atau yang telah dicampurkan di dalam makanan-makanan lain seperti roti dan juga susu. Pil asid folik bolehlah didapati dari farmasi-farmasi atau klinik-klinik dengan harga sebiji 5sen sehingga 10sen (bergantung kepada jenama). Kandungan pil asid folik selalunya ialah 5mg sebiji (5mg bersamaan dengan 5,000mcg).


2 - Kalsium
Keperluan kalsium untuk seorang wanita adalah seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah ini:

Umur (tahun)
Keperluan kalsium dalam mg
19 - 54
800
melebihi 54
1000
mengandung
1100

Kalsium diperlukan sebagai sumber utama untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat bukan hanya untuk bayi, tetapi juga untuk siibu. Sekiranya pengambilan kalsium semasa mengandung tidak mencukupi, kalsium daripada tulang anda akan diambil (dilarutkan) dan diberikan kepada bayi anda. Ini boleh mengakibatkan jisim tulang anda semakin rendah, satu keadaan dipanggil osteoporosis. Bukan itu sahaja, kekurangan zat kalsium boleh menyebabkan kaki anda sering kejang semasa tidur.

Kalsium banyak didapati melalui pengambilan susu dan makanan dairy (tenusu) yang lain. Bagaimanapun, pengambilan yang berlebihan menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi. Ada juga individu yang alahan dengan barangan tenusu.

Selain daripada itu, kalsium juga boleh didapati melalui sardin, ikan bilis, tofu, oyster, sayuran mentah, udang dan kekacang.
Sebagai perbandingan kasar, 600mg kalsium adalah bersamaan dengan :
bullet
3 gelas susu,
bullet
4.6kg daging,
bullet
15 biji telur,
bullet
70g cheese,
bullet
400g ais krim, atau
bullet
2 cawan yoghurt.
Pil-pil kalsium juga kini boleh didapati dengan mudah dari farmasi atau klinik dengan harga yang berpatutan. Jenis yang terbaik ialah kalsium citrate kerana ia diserap dalam kadar yang tinggi berbanding kalsium carbonate, kalsium lactate, dsb. Kalsium juga memerlukan vitamin D dan magnesium untuk penyerapan yang maksimum.

3 - Zat besi (Iron)
Zat besi diperlukan dalam pembentukan sel-sel darah merah. Sebagaimana yang telah diterangkan tadi bahawa fungsi ini juga dilakukan oleh folate. Kekurangan darah merah (anaemia) akan menyebabkan anda rasa cepat letih, kulit menjadi pucat, sukar bernafas dan juga pitam. Keperluan zat besi meningkat 100% dari 15mg sebelum mengandung ke 30mg semasa mengandung.

Keperluan zat besi ini lebih genting untuk wanita yang hamil dalam jarak yang rapat, mengandungkan kembar atau yang mengalami haid yang teruk sebelum hamil.

Sumber-sumber utama zat besi ialah:
bullet
daging merah seperti daging lembu dan kambing. Zat besi sumber haiwan ini mudah diserap oleh badan.
bullet
sayur-sayuran hijau seperti brokoli, dsb.
bullet
cereal dsb yang diperkaya dengan zat besi.

Pengambilan pil zat besi yang boleh dibeli dari farmasi atau klinik adalah cara termudah untuk memastikan anda mendapat bekalan zat besi yang secukupnya. Ini penting sekiranya anda tidak dapat memperolehi zat besi dari makanan dalam kuantiti yang cukup. Zat besi yang berlebihan pula tidak digalakkan kerana ia akan menyebabkan sembelit. Dos yang tinggi juga boleh menyebabkan rasa loya dan muntah. Untuk itu dapatkan penjelasan lanjut dari doktor atau ahli farmasi sekiranya anda ingin mengambil pil zat besi ini.


Penyerapan dan penggunaan zat besi adalah lebih baik dengan kehadiran vitamin C. Oleh itu, cubalah ambil makanan-makanan atau pil zat besi dengan segelas air buah. Penyerapan zat besi pula dibantutkan oleh kehadiran kalsium (lihat di atas) dan juga minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi. Ini bermakna anda tidak digalakkan mengambil pil zat besi dengan segelas susu atau air kopi.

Thanx to farmasianis.tripod.com

Sharing is Caring...
SMS/ WhatsApp 0174550656 | Jusliana Jaafar
www.cergascantikceria.blogspot.com

Hamil di usia 35 Tahun

Assalamualaikum wbt...
Minggu ni dah masuk minggu ke 30... anak mummy kat dalam ni dah makin besar... mummy dah mula mengah kalo terpaksa tunduk-tunduk dan angkut barang... ditambah dengan kerenah abang Amin yang semakin suka dibelai dan dimanja... almaklum, abang amin pun nak perhatian mummy lebih sikit daripada biasa.. hihi.. abang oh abang... harapnya abang amin boleh cooperate bila baby keluar nanti....

Walaupun preggy kali ke3... excited nya sama macam preggy kali pertama dulu, sebab macam2 cara diusahakan untuk dapatkan anak ke3 ni... hihi.... maluuuu... tapi terpaksa la sebab umur dah banyak, anak baru 2... kalau boleh dan diizinkanNya, kami sekeluarga inginkan family yang besar, jadi kena la tambah lagi ahli keluarga, ye dak?

Bermula dari pengiraan hari subur.... antara suplemen yang saya dan suami amalkan ialah Vivix, Vitamin E, CoQ Health Plus, Alfalfa, GLA Complex. Selepas beberapa bulan tak berjaya, saya nekad untuk ambik pil subur. Gi jumpa doktor, saya mintak Clomid (ubat subur bagi saya). Saya bagitahu doktor yg saya nak standby ubat ni bila saya period nanti... (sebab ubat ni kena amik pd hari ke2 period). Pandai2 je kan... sebab selalunya bila period saya takde masa nak g jumpa doktor..

Tapi, tak sempat amik Clomid..... saya tak period pun... selepas seminggu tak period, saya tunggu lagi... cukup nak masuk 2 minggu... jeng! jeng! jeng!.... jom gi farmasi beli UPT... ngeh ngeh ngeh... sekali kuar double line lerrr... yahooooo... Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan... jadi bermulalah fasa penjagaan diri yang lebih teliti...

Tup tap tup tap.... buat buku merah, lagi sekali bernasib baik sebab tak payah buat ujian minum air gula... yessss!!! rutin 'check-up' berjalan ikut jadual... setakat ni HB bagus, blood pressure bagus, kadar gula dalam darah juga bagus... saya tetap amalkan suplemen Shaklee iaitu set untuk Ibu Hamil (Vitalea, Vita C, B Complex, Ostematrix, OmegaGuard, ESP).

Dah masuk minggu ke30 ni, saya rasa masa yang sesuai untuk buat persiapan awal kelahiran... saya dah mula geledah kotak2 yang berisi barang2 breastfeeding, baju-baju baby, macam-macam lagi lah... tak lupa, skang tengah gila shopping keperluan baby n mummy kt online store tauuu... saya pasti semua bakal-bakal ibu pun macam tu juga kan....

Kalo nak ikut, baaanyak nak diceritakan. tapi macam dah panjang sangat kot saya bebel kat sini... saya doakan semoga bakal-bakal ibu semua diberikan kesihatan yang berkekalan dan semoga proses kelahiran baby berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya. Doakan keselamatan saya juga ya... insyaallah

Sharing is Caring!!!

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee di seluruh Malaysia
Jusliana Jaafar | SID 862684
SMS/ WhatsApp 0174550656


Rasa Loya dan Muntah Semasa Hamil

 Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera... ibu-ibu yang comel, bakal-bakal ibu yang menawan... semoga sihat dan sentiasa dirahmatiNya, insyaallah...Memandangkan saya juga mengalami rasa loya dan muntah semasa awal kehamilan kali ketiga ni, sudi saya nak share di sini beberapa info yang boleh dijadikan panduan untuk ibu2 hamil yang mengalami masalah yang sama...

Saya rasa teruk – adakah ia normal?
Berasa sakit berbanding dengan "berseri-seri" pada peringkat awal kehamilan adalah perkara biasa dan normal. Kesannya adalah berbeza untuk setiap individu. Sesetengah wanita mengalami rasa loya apabila bangun pagi, sementara yang lain mungkin perlu bertahan beberapa minggu atau bulan dengan berasa loya dan hendak muntah sepanjang hari.

Mabuk hamil boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, emosi dan sosial. Kehidupan normal anda akan berhenti sekejap disebabkan anda tidak boleh menangani permintaan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain. Maklumkan kepada keluarga anda bagaimana mereka boleh membantu anda – dengan cara praktikal seperti membeli-belah, memasak, menjaga anak dan melakukan kerja rumah.
Ramai wanita perlu mengambil masa rehat bekerja disebabkan mabuk kehamilan. Anda mungkin tidak memberitahu sesiapa bahawa anda hamil tetapi ia amat sukar jika anda perlu sentiasa "menjaga penampilan" anda. Anda perlu memberitahu orang lain lebih awal mengenai kehamilan anda untuk mendapatkan sokongan dan bantuan yang anda perlukan


Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor saya?
Adalah amat penting untuk berbincang dengan doktor anda lebih awal sebab rawatan akan menjadi sukar apabila mabuk kehamilan semakin teruk. Anda perlu berjumpa dengan doktor anda sebaik saja simptom anda menjejaskan kehidupan anda. Walau bagaimanapun, sesetengah pakar perubatan hanya akan menghiraukan muntah yang teruk, kerana ini boleh membawa kepada komplikasi kepada anda dan bayi anda, dan anda mungkin perlu berehat sehingga anda berasa lebih sihat.

Ramai doktor menganggap mabuk kehamilan adalah keadaan yang tidak serius. Tetapi kajian menunjukkan bahawa kadang-kala mereka menganggar kurang kesannya ke atas wanita hamil. Kajian telah menunjukkan bahawa sesetengah wanita merasakan loya adalah lebih teruk daripada muntah, sebab jika anda muntah, anda akan berasa lega buat sementara.
Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak boleh makan atau minum tanpa muntah dan berat badan berkurangan, anda mesti berjumpa dengan doktor anda. Anda boleh menjadi ternyahhidrat dan kekurangan nutrient. Rawatan awal akan mencegah sakit yang lebih teruk atau dimasukkan ke hospital untuk hiperemesis.
Jika anda sedang mempertimbangkan kehamilan lagi dan anda menderita teruk sebelum ini, rawatan awal boleh membantu mengelakkannya dari berlaku lagi.

Apa yang saya perlu lakukan untuk membantu diri saya?
Sudah pasti anda sudah mengelak daripada sebarang makanan dan bauan yang membuatkan perut anda memulas. Untuk mengelakkan – atau sekurang-kurangnya meminimumkan – loya anda juga boleh:
Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.
•Makan apa dan bila anda kehendaki, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.
•Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.
•Tulis dalam diari bila anda berasa lebih teruk dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa termengah-mengah.
•Cuba minum di antara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap. Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air.
•Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.
•Hidu buah lemon. Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air berkarbonat.
Minum teh halia. Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.
•Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut. Ia boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan dan boleh mengurangkan loya dan muntah bagi sesetengah wanita.
Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.
•Cuba terapi semula jadi. Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.
•Beritahu seseorang. Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda. Anda juga boleh berbual dengan ibu-ibu lain yang dalam tahap kehamilan yang sama dengan anda dalam forum Kehamilan kami.

Terima kasih kepada:
http://www.babycenter.com.my/a1029196/loya-dan-muntah-semasa-kehamilan-mendapatkan-bantuan-dan-rawatan#ixzz2smp07cfn

Saya juga Pengedar Shaklee yg sah di Seluruh Malaysia
COD Alor Setar/ Jitra/ Changlun/ UUM

Jusliana Jaafar | ID 862684
www.facebook.com/HealthThoughts SMS/ WhatsApp 0174550656 for more info
cergascantikceria.blogspot.com | jusliana | WhatsApp 0174550656



Friday 4 April 2014

Pengalaman bersama OSTEMATRIX

Percaya atau tak... produk pertama yang buatkan saya jatuh cinta dengan SHAKLEE ialah sebotol OSTEMATRIX..
Saya ingat lagi, masa tu saya tengah menyusukan anak kedua saya, Muhammad Amin Bin Mohd Lutfi dalam tahun 2011. Saya selalu sangat sakit pinggang, lenguh-lenguh badan, dan tumit saya selalu sakit waktu bangun tidur. Tak tahu kenapa? Ye lah... kita kan muda lagi.. (muda lagi ke dah 30's ni weii)... hihihi...

Saya mula gugel kat Faheem's Wardrobe (Master Iffah Anuar), saya kenal pun melalui kawan saya yang amik set menyusu dari MIA. Masa preggy tu saya ada dengar yang kawan saya ni pun amik Shaklee, tapi masa tu saya buat dekkk jer... saya konsisten dengan vitamin yang gomen bagi aje, pastu minum susu untuk preggy mom... langsung x amik suplemen lain..

Tapi kali ni saya rasa nak mencuba produk Shaklee...jeng jeng jeng...
Disebabkan saya nak beli dengan harga ahli, jadi saya pun beli sebotol OSTEMATRIX dan mendaftarkan diri sebagai ahli.... tak ada niat nak berniaga pun, cuma nak enjoy the price and the benefit... saya konsisten makan dan mula rasa perubahan pada diri saya, NO MORE back pain, tak ada lagi sakit tumit (yang ni memang kritikal sebelum ni)... lenguh-lenguh badan pun dah berkurang.
Walaupun OSTEMATRIX ni adalah suplemen kalsium yang mana juga boleh dapat dengan minum susu, tapi saya rasa kelainannya... sebab saya memang seorang yang suka minum susu, tak kiralah susu tepung untuk preggy ke, untuk lactating ke, untuk yang biasa-biasa aje ke, saya memang penggemar susu. Tapi dengan Ostematrix ni saya rasa kesan yang sangat ketara... menyesal pulak kenal Shaklee ni lambat sangat... anak ke2 dah nak abis menyusu baru nak kenal Shaklee... tapi Alhamdulillah... at least saya berpeluang jugak kenal produk Shaklee ni kan...

Sejak dari itu, saya mula amik satu persatu produk Shaklee ikut keperluan saya.... dari nak hilangkan sakit tumit, saya cuba pulak produk untuk hilangkan parut, produk untuk betulkan hormon (nak subur kan diri sendiri... ahaks), produk untuk awet muda.... haaa jangan tak tau, boleh dikatakan semua produk saya dah cuba, produk untuk langsing je saya belum cuba, sebab tak pernah lagi dalam sejarah hidup saya, saya beria diet nak slim.... biasanya saya kawal tabiat pemakanan sahaja, tanpa bantuan mana-mana produk untuk slim. Alhamdulillah setakat ni saya tak ada masalah berat badan berlebihan yang serius... masih dalam kawalan, cewahhhh....

Banyak pulak cerita.... cerita utama nya nak bagitahu yang saya memang In Love dengan OSTEMATRIX, ni lah salah satu suplemen wajib saya setiap hari....

Nak jadi AHLI SHAKLEE?

Mulai 1 April 2014, Shaklee Malaysia telah kuatkuasakan harga penjualan produk mengikut terma yang telah ditetapkan dari dulu lagii... Peraturan dah ada, cuma kita manusia ni kadang-kadang suka melanggar fitrah... hehehe...

Jadi, it is STRICTLY APPLIED sekarang!!!
#1- HARGA AHLI hanya untuk AHLI
#2- BUKAN AHLI boleh dapat produk SHAKLEE dengan HARGA RUNCIT

Untuk dapatkan produk SHAKLEE anda dengan harga ahli, anda pun boleh MENDAFTAR sebagai ahli SHAKLEE. Senang aje nak daftar yer.....

2 Cara untuk mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE:
#1- Berdaftar dengan YURAN RM65 + RM10 Kos Penghantaran MEMBERKIT untuk keahlian seumur hidup; atau
#2- Berdaftar secara PERCUMA + RM10 Kos Penghantaran MEMBERKIT untuk keahlian seumur hidup melalui PEMBELIAN PRODUK sebanyak 200UV (Bernilai RM600++).

Haaa.... senang kan... untuk anda yang sememangnya mengetahui dan merasai sendiri kesan pengambilan suplemen SHAKLEE, bolehlah terus mendaftar dengan pilihan ke2 di atas...

Ramai jugak yang tanya saya, kalau dah daftar jadi ahli, perlu ke buat pembelian setiap bulan untuk mengaktifkan keahlian? Sebenarnya TAK PERLU lah anda buat pembelian produk SETIAP BULAN untuk tujuan pengaktifan keahlian tersebut.

Kenapa perlu mendaftar sebagai ahli? Sebab....
#1- Boleh dapatkan produk dengan harga ahli.... banyak bezanya dengan harga runcit tau (penjimatan sehingga 21%)
#2- Boleh bantu sedara mara, adik beradik yang nak dapatkan produk shaklee.... semua di hujung jari, sebab pembelian produk shaklee boleh dibuat secara online saja tau... tak perlu ke branch kalau anda takde masa untuk itu semua.
#3- Sekiranya jumlah pembelian anda mencapai kelayakan untuk bonus, bonus akan terus dimasukkan ke akaun anda melalui EFT, tak payah gi jumpa sapa2 untuk mintak pembayaran bonus tu tau.
#4- Boleh juga daftarkan orang lain untuk menjadi ahli Shaklee seperti anda dan sebarkan kebaikan suplemen untuk kesihatan orang lain juga...

BEST kan jadi AHLI SHAKLEE?
Info ni saya coretkan secara umum sahaja... untuk anda yang selalu bertanyakan hal ni pada mana2 ahli shaklee... sekurang-kurangnya info asas dahpun anda tahu.. nak info lebih lanjut? boleh terus hubungi saya.

Jusliana Jaafar | ID 862684
Pengedar Sah Shaklee seluruh Malaysia
www.facebook.com/HealthThoughts
SMS/ WhatsApp 017-4550656

thanx to ibuafinaazfar.blogspot.com untuk imej memberkit set yer...