Alhamdulillah.....
Syurga kecil kami dahpun dalam fasa pertama pembinaan... Thanx to our cousin merangkap our contractor.. Segalanya bermula awal Mac lepas. Pelan kasar awal nye saya dan suami reka sendiri. Ikut suka nak letak... berapa bilik nak buat, berapa bilik air nak, kat mana ruang tamu, kat mana dapur, kat mana pintu masuk, kat mana sliding door... semuanya kitorang lukis...
Susah ke nak lukis pelan ni? hehe, untuk rumah kampung macam kitorang punye ni takdelah susah, buat guna microsoft excel ajer... anggarkan ukuran yang dalam bajet kitorang nak, pastu pepandai ler nak edit buh bilik dan ruang lain kat mana2 yang rasa berkenan.
Rumah kitorang impikan ni tak sebesar mana... hanya 1000sqft sahaja, sesuai dengan bajet yang ada... sebab memasing dah buat loan rumah gomen kan (sebelum ni kitorang beli rumah guna loan gomen n sewakan)... Jadi bila nak buat rumah sendiri atas tanah sendiri (hakmilik familysebenarnya... kikiki) kenalah ikut bajet personal loan yang lepas ajer...
Keluasan rumah agak kecik sebenarnya, tapi berangan nak 4 bilik gak. Apa yang kitorang buat ialah, bilik utama tu kasi besar sikit aje dari bilik lain, bilik lain tu pulak ngam untuk sebuah katil dan almari aje. Dapur kitorang kecikkan, bilik utiliti pun kitorang kecikkan... yang penting kitorang nak ruang tamu agak selesa kalo nak guna waktu bacaan tahlil, atau kenduri kendara kecil-kecilan...
Tadi pagi kitorang gi melawat tapak rumah, alhamdulillah fasa pertama pembinaan tapak dah hampir selesai..
No comments:
Post a Comment