Sebab ianya:
#1- dihasilkan dari soya yg berbentuk Non GMO (Tanpa Pengubahsuaian genetik) tentulah memberian kualiti terbaik.
#2- dilengkapi dengan 9 jenis amino asid penting, bebas kolesterol dan rendah lemak.
#3- terbukti secara klinikal dpt mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
#4- membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yg teratur.
#5- mengandungi paras glisemik yg rendah utk membantu mengekalkan paras gula normal dlm darah.
#6- membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.
#7- juga mengandungi 500mg kalsium bg setiap 14g hidangannya utk menyokong kebaikan soya.
Best kan? Anda ada 7 alasan yg sempurna utk terus mengamalkan pengambilan ESP dlm diet harian anda....
Saya percaya anda juga sangat suka ESP dan khasiatnya...
NOW!!! BUY 6 .. Anda layak mendapat
#1- ESP 1 Canister for sure PERCUMA utk pembelian 6 Canister ESP (Bernilai RM150)
#2- Keahlian PERCUMA (Bernilai RM65)
#3- Pembelian Produk dengan Harga Ahli (Jimat RM174)
#4- Peluang untuk memulakan bisnes SHAKLEE (Tak Ternilai)
#5- CASH REBATE berjumlah RM36++ bulan berikutnya
Berapa anda dapat JIMAT dengan promo ini??? +/- RM420
Tak hairanlah teman saya yang tinggal di German pun rebut peluang ni.... Beliau baru sahaja order 1 SET PROMO ESP utk KELUARGA nya di Malaysia...
Kalau yang tinggal jauh pun REBUT PELUANG ni.... anda yg dok kt Malaysia ni... ape tunggu lagi? Untuk pengetahuan, PROMO ESP ni tak ada sepanjang tahun 2013 tau....
Nak join penjimatan hebat ni?
PM Jusliana Jaafar | SID 862684
SMS/ WhatsApp 0174550656
HARGA MENJUNAM!!!
APA YANG SAYA NAK OFFER???
***5 SET BASIC BREASTFEEDING (ALFALFA + ESP)
***7 SET CANTIK BASIC (SR VITA C + ESP)
SIAPA NAK UNTUNG BERGANDA WHATSAPP SAYA 0174550656 (JUSLIANA)
***WHILE STOCK LAST!!!
ini adalah offer peribadi saya, tiada kena mengena dgn pihak ke3...
Showing posts with label hamil. Show all posts
Showing posts with label hamil. Show all posts
Wednesday, 8 October 2014
Monday, 7 April 2014
KEPERLUAN ZAT KHUSUS SEMASA HAMIL
Keperluan nutrien harian telahpun disiapkan di dalam bentuk Piramid Makanan, namun berapa ramai antara kita semua mampu mengambil makanan seperti yang disarankan di dalam piramid tersebut. Malah, berapa yakin kita kepada keaslian makanan tersebut di zaman serba moden ini. Ekonomi dunia berkembang dengan pesat, begitu juga dengan industri makanan. Kebanyakan sumber-sumber makanan harian kita sekarang ini menggunakan teknologi moden dan pelbagai bahan kimia digunakan semasa menghasilkan makanan mentah, separa masak termasuklah juga ayam, ikan, daging, sayur dan buah.
Atas kecanggihan teknologi industri makanan inilah membuatkan kita perlu menitikberatkan soal kesihatan dengan mendalam lagi.... vitamin dan mineral yang mencukupi oleh badan membantu sistem badan kita berjalan dengan teratur dan menjadikan sel-sel badan kita sihat.
Apatah lagi, kebanyakan vitamin dan mineral diperlukan dalam kuantiti yang lebih tinggi semasa mengandung. Ini bagaimanapun tidak termasuk vitamin A, yang boleh dibuat sendiri oleh badan kita daripada simpanan beta carotena di dalam badan.
Antara Vitamin dan Mineral yang sangat-sangat diperlukan oleh ibu hamil adalah seperti disenaraikan di bawah:
1 - Folate

Folate adalah sejenis vitamin B yang penting untuk:
pembentukan sel-sel darah merah.
| |
pembentukan neural tube bayi.
|
Ibu mengandung perlu mengambil lebih kurang 600mcg folate setiap hari. Jumlah yang diperlukan oleh wanita yang tidak mengandung ialah lebih kurang 400mcg sahaja. Ini bermakna keperluan untuk folate meningkat 50% semasa mengandung. Kekurangan folate semasa mengandung akan menyebabkan kandungan darah merah yang rendah. Keadaan ini dipanggil anaemia.
Pembentukan darah tambahan dan sel-sel tisu giat berlaku pada bayi. Ini memerlukan jumlah folate yang bertambah. Keperluan folate meningkat lebih tinggi sekiranya anak kembar yang dikandung. Begitu juga, wanita yang hamil dalam jarak masa yang singkat perlu memastikan kandungan folate yang cukup kerana mereka mempunyai simpanan folate yang rendah di dalam badan mereka.
Kajian juga telah mengaitkan kekurangan folate dengan masalah yang dikenali sebagai neural tube defects, iaitu sejenis keadaan di mana berlaku kecacatan pada saluran saraf bayi, yang menyebabkan kecacatan otak dan saraf tunjang (spina bifida). Masalah ini boleh berlaku semasa awal kehamilan, oleh itu wanita yang merancang untuk mengandung dinasihatkan mengambil folate seawal yang mugkin.
Sumber-sumber utama folate ialah sayur-sayuran hijau, buah-buahan dan kekacang. Folate mudah dirosakkan sekiranya sayur-sayuran diproses atau dimasak lama. Oleh itu, pengambilan sayur-sayuran yang segar atau separa-masak bolehlah diamalkan.
Selain itu, anda juga boleh mengambil folate yang kini tersedia di dalam bentuk pil (dikenali sebagai asid folik) atau yang telah dicampurkan di dalam makanan-makanan lain seperti roti dan juga susu. Pil asid folik bolehlah didapati dari farmasi-farmasi atau klinik-klinik dengan harga sebiji 5sen sehingga 10sen (bergantung kepada jenama). Kandungan pil asid folik selalunya ialah 5mg sebiji (5mg bersamaan dengan 5,000mcg).
2 - Kalsium
Keperluan kalsium untuk seorang wanita adalah seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah ini:
Umur (tahun)
|
Keperluan kalsium dalam mg
|
19 - 54
|
800
|
melebihi 54
|
1000
|
mengandung
|
1100
|
Kalsium diperlukan sebagai sumber utama untuk pembinaan tulang dan gigi yang kuat bukan hanya untuk bayi, tetapi juga untuk siibu. Sekiranya pengambilan kalsium semasa mengandung tidak mencukupi, kalsium daripada tulang anda akan diambil (dilarutkan) dan diberikan kepada bayi anda. Ini boleh mengakibatkan jisim tulang anda semakin rendah, satu keadaan dipanggil osteoporosis. Bukan itu sahaja, kekurangan zat kalsium boleh menyebabkan kaki anda sering kejang semasa tidur.
Kalsium banyak didapati melalui pengambilan susu dan makanan dairy (tenusu) yang lain. Bagaimanapun, pengambilan yang berlebihan menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi. Ada juga individu yang alahan dengan barangan tenusu.
Selain daripada itu, kalsium juga boleh didapati melalui sardin, ikan bilis, tofu, oyster, sayuran mentah, udang dan kekacang.
Sebagai perbandingan kasar, 600mg kalsium adalah bersamaan dengan :
3 gelas susu,
| |
4.6kg daging,
| |
15 biji telur,
| |
70g cheese,
| |
400g ais krim, atau
| |
2 cawan yoghurt.
|
Pil-pil kalsium juga kini boleh didapati dengan mudah dari farmasi atau klinik dengan harga yang berpatutan. Jenis yang terbaik ialah kalsium citrate kerana ia diserap dalam kadar yang tinggi berbanding kalsium carbonate, kalsium lactate, dsb. Kalsium juga memerlukan vitamin D dan magnesium untuk penyerapan yang maksimum.
3 - Zat besi (Iron)
Zat besi diperlukan dalam pembentukan sel-sel darah merah. Sebagaimana yang telah diterangkan tadi bahawa fungsi ini juga dilakukan oleh folate. Kekurangan darah merah (anaemia) akan menyebabkan anda rasa cepat letih, kulit menjadi pucat, sukar bernafas dan juga pitam. Keperluan zat besi meningkat 100% dari 15mg sebelum mengandung ke 30mg semasa mengandung.
Keperluan zat besi ini lebih genting untuk wanita yang hamil dalam jarak yang rapat, mengandungkan kembar atau yang mengalami haid yang teruk sebelum hamil.
Sumber-sumber utama zat besi ialah:
daging merah seperti daging lembu dan kambing. Zat besi sumber haiwan ini mudah diserap oleh badan.
| |
sayur-sayuran hijau seperti brokoli, dsb.
| |
cereal dsb yang diperkaya dengan zat besi.
|

Pengambilan pil zat besi yang boleh dibeli dari farmasi atau klinik adalah cara termudah untuk memastikan anda mendapat bekalan zat besi yang secukupnya. Ini penting sekiranya anda tidak dapat memperolehi zat besi dari makanan dalam kuantiti yang cukup. Zat besi yang berlebihan pula tidak digalakkan kerana ia akan menyebabkan sembelit. Dos yang tinggi juga boleh menyebabkan rasa loya dan muntah. Untuk itu dapatkan penjelasan lanjut dari doktor atau ahli farmasi sekiranya anda ingin mengambil pil zat besi ini.
Penyerapan dan penggunaan zat besi adalah lebih baik dengan kehadiran vitamin C. Oleh itu, cubalah ambil makanan-makanan atau pil zat besi dengan segelas air buah. Penyerapan zat besi pula dibantutkan oleh kehadiran kalsium (lihat di atas) dan juga minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi. Ini bermakna anda tidak digalakkan mengambil pil zat besi dengan segelas susu atau air kopi.
Thanx to farmasianis.tripod.com
Sharing is Caring...
SMS/ WhatsApp 0174550656 | Jusliana Jaafar
www.cergascantikceria.blogspot.com
Rasa Loya dan Muntah Semasa Hamil
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera... ibu-ibu yang comel, bakal-bakal ibu yang menawan... semoga sihat dan sentiasa dirahmatiNya, insyaallah...Memandangkan saya juga mengalami rasa loya dan muntah semasa awal kehamilan kali
ketiga ni, sudi saya nak share di sini beberapa info yang boleh dijadikan
panduan untuk ibu2 hamil yang mengalami masalah yang sama...
Saya rasa teruk – adakah ia normal?
Berasa sakit berbanding dengan "berseri-seri" pada peringkat awal kehamilan adalah perkara biasa dan normal. Kesannya adalah berbeza untuk setiap individu. Sesetengah wanita mengalami rasa loya apabila bangun pagi, sementara yang lain mungkin perlu bertahan beberapa minggu atau bulan dengan berasa loya dan hendak muntah sepanjang hari.
Mabuk hamil boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, emosi dan sosial.
Kehidupan normal anda akan berhenti sekejap disebabkan anda tidak boleh
menangani permintaan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain.
Maklumkan kepada keluarga anda bagaimana mereka boleh membantu anda – dengan
cara praktikal seperti membeli-belah, memasak, menjaga anak dan melakukan kerja
rumah.
Ramai wanita perlu mengambil masa rehat bekerja disebabkan mabuk kehamilan. Anda mungkin tidak memberitahu sesiapa bahawa anda hamil tetapi ia amat sukar jika anda perlu sentiasa "menjaga penampilan" anda. Anda perlu memberitahu orang lain lebih awal mengenai kehamilan anda untuk mendapatkan sokongan dan bantuan yang anda perlukan

Bilakah saya perlu
berjumpa dengan doktor saya?
Adalah amat penting untuk berbincang dengan doktor anda lebih awal sebab rawatan akan menjadi sukar apabila mabuk kehamilan semakin teruk. Anda perlu berjumpa dengan doktor anda sebaik saja simptom anda menjejaskan kehidupan anda. Walau bagaimanapun, sesetengah pakar perubatan hanya akan menghiraukan muntah yang teruk, kerana ini boleh membawa kepada komplikasi kepada anda dan bayi anda, dan anda mungkin perlu berehat sehingga anda berasa lebih sihat.

Ramai
doktor menganggap mabuk kehamilan adalah keadaan yang tidak serius. Tetapi
kajian menunjukkan bahawa kadang-kala mereka menganggar kurang kesannya ke atas
wanita hamil. Kajian telah menunjukkan bahawa sesetengah wanita merasakan loya
adalah lebih teruk daripada muntah, sebab jika anda muntah, anda akan berasa
lega buat sementara.
Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak boleh makan atau minum tanpa muntah dan berat badan berkurangan, anda mesti berjumpa dengan doktor anda. Anda boleh menjadi ternyahhidrat dan kekurangan nutrient. Rawatan awal akan mencegah sakit yang lebih teruk atau dimasukkan ke hospital untuk hiperemesis.
Jika anda sedang mempertimbangkan kehamilan lagi dan anda menderita teruk sebelum ini, rawatan awal boleh membantu mengelakkannya dari berlaku lagi.

Apa
yang saya perlu lakukan untuk membantu diri saya?
Sudah pasti anda sudah mengelak daripada sebarang makanan dan bauan yang membuatkan perut anda memulas. Untuk mengelakkan – atau sekurang-kurangnya meminimumkan – loya anda juga boleh:
•Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.
•Makan apa dan bila anda kehendaki, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.
•Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.
•Tulis dalam diari bila anda berasa lebih teruk dan lebih baik. Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa termengah-mengah.
•Cuba minum di antara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap. Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air.
•Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.
•Hidu buah lemon. Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air berkarbonat.
•Minum teh halia. Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.
•Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut. Ia boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan dan boleh mengurangkan loya dan muntah bagi sesetengah wanita.
•Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.
•Cuba terapi semula jadi. Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.
•Beritahu seseorang. Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda. Anda juga boleh berbual dengan ibu-ibu lain yang dalam tahap kehamilan yang sama dengan anda dalam forum Kehamilan kami.
Terima kasih kepada:
http://www.babycenter.com.my/a1029196/loya-dan-muntah-semasa-kehamilan-mendapatkan-bantuan-dan-rawatan#ixzz2smp07cfn
Saya juga Pengedar Shaklee yg sah di Seluruh Malaysia
COD Alor Setar/ Jitra/ Changlun/ UUM
Jusliana Jaafar | ID 862684
www.facebook.com/HealthThoughts SMS/ WhatsApp 0174550656 for more info

![]() |
| cergascantikceria.blogspot.com | jusliana | WhatsApp 0174550656 |
Thursday, 20 March 2014
KAFEIN DAN IBU HAMIL
Assalamualaikum wbt...
Anda hamil? Pengalaman hamil seronok kan? Tapi laaagiii seronok kalau ibu2 hamil tahu 'the do's' dan 'the don't' semasa hamil kan....saya adalah seorang peminat minuman berkafein... kopi... teh... nescafe... 'i'm addicted to it'... setiap hari rasanya macam tak lengkap kalau tak minum nescafe... atau kopi... atau teh... minum dengan susu lagi bestttt!!!! Syhhhhh.... saya hamil 27minggu dan sekarang ni saya sedang menikmati segelas teh ais yang saya bancuh sendiri.... hihihi....
Taaaapi tahukah anda berapa jumlah kafein yang boleh diambil setiap hari? Pakar mencadangkan wanita hamil mengambil tidak lebih daripada 200mg kafein sehari. Ini bersamaan dengan dua cawan besar kopi atau empat cawan kecil teh atau lima tin minuman kola sehari. Minuman kola??? for me.. its a BIG NO... pelik kan... teh, kopi dan nescafe saya rembat tapi minuman kola saya elakkan.... kenapa??? salah satu faktor yang terang-terang saya tak suka ialah kandungan gulanya yang tinggi... okeh... back to the topic, for now kita tinggalkan dulu hal minuman kola ni... entry kali ni kita refer pada minuman berkafein aje yer...
Petikan daripada 'Babycenter: Artikel Kafein dan Kehamilan'
Kafein ni sebenarnya ialah sejenis stimulan. Ia meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme, dan ini boleh menjejaskan bayi anda yang sedang berkembang. Walaupun begitu, sedikit stres pada bayi, seperti apa yang bayi anda rasakan selepas anda minum secawan kopi, tidak membahayakannya. Ia serupa dengan apa yang berlaku apabila anda meluru masuk ke dalam bas, satu lagi situasi yang meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme seketika.
Sesiapa yang kerap minum kopi tahu bahawa mereka boleh jadi ketagih dan jika terlalu banyak boleh menyebabkan insomnia, keresahan dan sakit kepala. Ia juga bersifat diuretik, iaitu ia membuatkan anda perlu sering membuang air dan ini boleh menyebabkan badan anda kehilangan air dan cecair lain yang kesemuanya perlu untuk mengekalkan kesihatan anda semasa hamil.
Teh dan kopi juga boleh menjejaskan keupayaan badan menyerap zat besi jika anda meminumnya semasa makan atau dalam masa sejam selepas waktu makan. Bila zat besi dalam badan berkurangan, kandungan hemoglobin (hb) juga akan menurun..... oksigen di dalam darah juga berkurangan... inilah yang membahayakan apabila oksigen yang disalurkan kepada bayi tidak mencukupi...

Jumlah kafein dalam secawan kopi dan teh berbeza-beza bergantung kepada samada kopi itu ditumbuk atau daun teh itu direndam atau adakah ia kopi atau teh segera. Ia juga bergantung kepada kepekatannya. Kola dan minuman-minuman lain juga berbeza kandungan kafeinnya. Lihatlah senarai di bawah untuk mengetahui purata jumlah kafein dalam beberapa jenis makanan dan minuman. Anda mungkin terkejut bagaimana mudahnya anda boleh mendapat kafein dalam dos tinggi.
Ingatlah bahawa kandungan kafein dalam espreso dan espreso berasaskan kopi seperti kapucino dan late adalah bergantung kepada kedai yang menjualnya. Satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein berbeza daripada 50mg setiap espreso di satu kedai kepada setinggi 300mg bagi setiap espreso di kedai lain.
- 1 cawan besar kopi segera = 100mg
- 1 cawan kecil kopi segera = 75mg
- 1 cawan kecil kopi dibru = 100mg
- 1 cawan kecil teh = 50g
- 1 tin minuman kola = 40mg
- 1 tin minuman tenaga = 80mg
- 1 x 50g kepingan coklat biasa = sehingga 50mg
- 1 x 50g kepingan coklat susu = sehingga 25mg
Ingatlah bahawa kandungan kafein dalam espreso dan espreso berasaskan kopi seperti kapucino dan late adalah bergantung kepada kedai yang menjualnya. Satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein berbeza daripada 50mg setiap espreso di satu kedai kepada setinggi 300mg bagi setiap espreso di kedai lain.
____________________________________________________________________________________________
Bukan langsung tak boleh minum kopi atau teh... tapi minumlah dengan kadar yang tak membahayakan anda dan bayi anda... tingkatkan pengambilan air masak anda untuk menggantikan kadar air yang hilang akibat kafein ini... ini pendapat peribadi saya yer...
Nak kurangkan kafein? Boleh juga cuba rendam teh dgn kadar yg sekejap sahaja...
Kalau terus nak berhenti dari mengambil kafein? itu lebih baik...
Tuesday, 18 March 2014
PEDIH ULU HATI KETIKA HAMIL
Pedih Ulu Hati, juga dikenali sebagai gastroesophageal penyakit refluks (GERD) adalah disebabkan oleh isi kandungan perut yang undur ke belakang sehingga ke dalam esofagus, iaitu salur pemakanan yang membawa makanan dari mulut ke perut anda. Apabila ini berlaku, asid perut memberi iritasi kepada lapisan esofagus menyebabkan anda rasa pedih dan seperti terbakar pada ulu hati. Ia berlaku pada sesetengah daripada wanita hamil dan kerap dikelirukan dengan simtom penyakit jantung.
Punca Terjadi Pedih Ulu Hati
Rembesan hormon Progesteron menyebabkan sistem pencernaan menjadi perlahan dan perut mengambil masa yang lebih lama untuk mengosongkan makanan. Ini untuk memastikan serapan maksima nutrien dan zat makanan ke dalam darah untuk menyokong tumbesaran bayi.
Walau bagaimanapun, perubahan hormon ini juga menyebabkan otot esofagus menjadi longgar dan menyebabkan asid perut naik ke dalam esofagus yang menyebabkan rasa sakit pada ulu hati.
Disebabkan perut yang semakin membesar, perut akan tertolak ke atas dan menjadi mampat. Hasil dari tekanan ini akan memaksa asid perut undur ke belakang dan seterusnya menyebabkan sakit ulu hati.
Gejala tipikal kesan daripada sakit Ulu Hati termasuklah ketidakselesaan, pedih atau rasa panas pada tulang dada. Pesakit juga kerap mengadu rasa senak, rasa masam di tekak, kerap sendawa dan rasa kembung walaupun cuma memakan sedikit makanan.
Simtom ini akan lebih kerap terasa apabila berada dalam kedudukan berbaring dan semasa menundukkan badan.
Pencegahan dan penjagaan diri untuk pedih ulu hati
Pedih ulu hati memang tidak menyenangkan, tetapi anda boleh mengambil langkah-langkah di bawah untuk mengurangkan ia dari terjadi dengan lebih kerap.
• Makan makanan pada kuantiti yang kecil tetapi dengan kadar yang lebih kerap.
• Sediakan dairi pemakanan, pastikan makanan mana yang kerap memberikan masalah dan elak daripada memakannya.
• Menjauhkan diri daripada makanan berlemak, berminyak atau digoreng.
• Kurangkan minuman berkafin seperti kopi, teh dan coklat
• Jangan minum air berkarbonat, makanan yang sangat manis atau berasid seperti buah-buahan sitrus seperti limau.
• Banyakkan minum air terutamanya air putih.
• Duduk dengan postur yang baik dan elak dari membongkok. Bengkok pada lutut bukan pada pinggang.
• Tunggu satu jam atau lebih lama selepas makan sebelum anda berbaring.
• Elakkan makan selama 2-3 jam sebelum anda masuk tidur. Perut yang kosong mengurangkan rembesan asid dalam perut.
• Elakkan dari berbaring rata. Apabila berehat atau tidur, sokong badan anda supaya kepala dan bahu lebih tinggi.
• Jangan merokok dan meminum alkohol.
Ibu2 hamil digalakkan untuk mengambil kalsium dan zat besi yang mencukupi sebagai langkah untuk mengawal pedih ulu hati...
Sharing is caring
www.facebook.com/HealthThoughts
Jusliana | Pengedar Shaklee Alor Setar/ Jitra/ UUM
SMS/ WhatsApp 017-4550656
Labels:
esp,
hamil,
kalsium,
Ostematrix,
pedih ulu hati,
vitalea,
zat besi
Subscribe to:
Posts (Atom)