HARGA MENJUNAM!!!

APA YANG SAYA NAK OFFER???
***5 SET BASIC BREASTFEEDING (ALFALFA + ESP)
***7 SET CANTIK BASIC (SR VITA C + ESP)
SIAPA NAK UNTUNG BERGANDA WHATSAPP SAYA 0174550656 (JUSLIANA)
***WHILE STOCK LAST!!!
ini adalah offer peribadi saya, tiada kena mengena dgn pihak ke3...

Thursday 20 March 2014

KAFEIN DAN IBU HAMIL

Assalamualaikum wbt...
Anda hamil? Pengalaman hamil seronok kan? Tapi laaagiii seronok kalau ibu2 hamil tahu 'the do's' dan 'the don't' semasa hamil kan....saya adalah seorang peminat minuman berkafein... kopi... teh... nescafe... 'i'm addicted to it'... setiap hari rasanya macam tak lengkap kalau tak minum nescafe... atau kopi... atau teh... minum dengan susu lagi bestttt!!!! Syhhhhh.... saya hamil 27minggu dan sekarang ni saya sedang menikmati segelas teh ais yang saya bancuh sendiri.... hihihi.... 

Taaaapi tahukah anda berapa jumlah kafein yang boleh diambil setiap hari? Pakar mencadangkan wanita hamil mengambil tidak lebih daripada 200mg kafein sehari. Ini bersamaan dengan dua cawan besar kopi atau empat cawan kecil teh atau lima tin minuman kola sehari. Minuman kola??? for me.. its a BIG NO... pelik kan... teh, kopi dan nescafe saya rembat tapi minuman kola saya elakkan.... kenapa??? salah satu faktor yang terang-terang saya tak suka ialah kandungan gulanya yang tinggi... okeh... back to the topic, for now kita tinggalkan dulu hal minuman kola ni... entry kali ni kita refer pada minuman berkafein aje yer...

Petikan daripada 'Babycenter: Artikel Kafein dan Kehamilan'
Kafein ni sebenarnya ialah sejenis stimulan. Ia meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme, dan ini boleh menjejaskan bayi anda yang sedang berkembang. Walaupun begitu, sedikit stres pada bayi, seperti apa yang bayi anda rasakan selepas anda minum secawan kopi, tidak membahayakannya. Ia serupa dengan apa yang berlaku apabila anda meluru masuk ke dalam bas, satu lagi situasi yang meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme seketika. 

Sesiapa yang kerap minum kopi tahu bahawa mereka boleh jadi ketagih dan jika terlalu banyak boleh menyebabkan insomnia, keresahan dan sakit kepala. Ia juga bersifat diuretik, iaitu ia membuatkan anda perlu sering membuang air dan ini boleh menyebabkan badan anda kehilangan air dan cecair lain yang kesemuanya perlu untuk mengekalkan kesihatan anda semasa hamil. 

Teh dan kopi juga boleh menjejaskan keupayaan badan menyerap zat besi jika anda meminumnya semasa makan atau dalam masa sejam selepas waktu makan. Bila zat besi dalam badan berkurangan, kandungan hemoglobin (hb) juga akan menurun..... oksigen di dalam darah juga berkurangan... inilah yang membahayakan apabila oksigen yang disalurkan kepada bayi tidak mencukupi...

 Jumlah kafein dalam secawan kopi dan teh berbeza-beza bergantung kepada samada kopi itu ditumbuk atau daun teh itu direndam atau adakah ia kopi atau teh segera. Ia juga bergantung kepada kepekatannya. Kola dan minuman-minuman lain juga berbeza kandungan kafeinnya. Lihatlah senarai di bawah untuk mengetahui purata jumlah kafein dalam beberapa jenis makanan dan minuman. Anda mungkin terkejut bagaimana mudahnya anda boleh mendapat kafein dalam dos tinggi. 
  • 1 cawan besar kopi segera = 100mg
  • 1 cawan kecil kopi segera = 75mg
  • 1 cawan kecil kopi dibru = 100mg
  • 1 cawan kecil teh = 50g
  • 1 tin minuman kola = 40mg
  • 1 tin minuman tenaga = 80mg
  • 1 x 50g kepingan coklat biasa = sehingga 50mg
  • 1 x 50g kepingan coklat susu = sehingga 25mg

Ingatlah bahawa kandungan kafein dalam espreso dan espreso berasaskan kopi seperti kapucino dan late adalah bergantung kepada kedai yang menjualnya. Satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein berbeza daripada 50mg setiap espreso di satu kedai kepada setinggi 300mg bagi setiap espreso di kedai lain.

____________________________________________________________________________________________
Bukan langsung tak boleh minum kopi atau teh... tapi minumlah dengan kadar yang tak membahayakan anda dan bayi anda... tingkatkan pengambilan air masak anda untuk menggantikan kadar air yang hilang akibat kafein ini... ini pendapat peribadi saya yer...

Nak kurangkan kafein? Boleh juga cuba rendam teh dgn kadar yg sekejap sahaja...
Kalau terus nak berhenti dari mengambil kafein? itu lebih baik... 

Semoga anda semua sihat dan selamat yer, insyallah...




Sharing is caring
www.facebook.com/HealthThoughts
Jusliana | Pengedar Shaklee Alor Setar/ Jitra/ UUM
SMS/ WhatsApp 017-4550656

No comments:

Post a Comment